Pandanus (Pandan) | |
---|---|
![]() | |
Pandanus tectorius, pandan laut | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | Pandanales
|
Keluarga: | |
Genus: | |
Species | |
Lihat teks
| |
Sinonim | |
|
Pandanus[1] merupakan genus tumbuhan merangkumi segolongan tumbuhan monokotil dibawah order Pandanales, dalam keluarga Pandanaceae yang turut disebutkan sebagai pandan[2] atau mengkuang. Spesies tumbuhan genus ini hidup bertaburan di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Afrika timur, Asia Tenggara serta Australia sampai ke kepulauan Pasifik, terutamanya Madagascar dan Malesia.[3]
Nama genus ini sendirinya menyerap perkataan bahasa Melayu "pandan" merujuk umum kepada jenis pandan wangi atau Pandanus amaryllifolius; spesies yang paling dikenali dari genus ini.[4]
Spesies-spesies dalam genus ini mempunyai ciri sepunya yang sama iaitu batang langsing seiras palma, daun memanjang seakan pedang atau rumput serta akar tunjang yang besar. Daunnya kerap tersusun melingkari batang seakan lilitan membuatkannya disebut screw pine dalam bahasa Inggeris. Ada pula spesies tumbuhan Pandanus ini tumbuh merimbun sehingga menjadi teduhan, contohnya Pandanus furcatus.[5]
Bunganya adalah ringkas, tanpa ranggi (petal), sering berkelompok padat dan hanya terdiri dari satu jantina bagi pokok berbeza. Buah tersusun menjambak atau menandan bulat seiras buah durian atau nanas; terbentuk dari perkembangan ovari beberapa bunga yang berdampingan. Ruang udara di tengah buah membolehkannya terapung untuk dipencarkan oleh air walaupun burung dan kelawar juga penting dalam proses ini.[6]
Terdapat banyak genus Pandanus terpakai selaku bahan makanan, contohnya daun pandan wangi dan buah pandan laut. Daun pandan dan mengkuang juga sering dianyam untuk dibuat tikar dan rumah oleh penduduk tempatan.
Rencana utama: Senarai spesies Pandanus |
Spesies terpilih: