Panasonic
Jenis/bentuk sahJenama Panasonic Corporation
IndustriElektronik
DitubuhkanMarch, 1918
Ibu pejabatJepun Kadoma, Osaka, Japan
Tokoh pentingKonosuke Matsushita, Founder
Fumio Ohtsubo, President
Keluarantelevisyen
telefon
komputer
kamera digitak
Hasil¥8,137 bilion
PemilikPanasonic Corporation Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan334,402
Tapak webLaman Global Panasonic
Twitter: PanasonicTR Instagram: panasonicjp Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Panasonic (パナソニック, Panasonikku) ialah satu jenama antarabangsa untuk pengeluar barangan elektrik Jepun, Panasonic Corporation (dahulunya Matsushita Electric Industrial Co., Ltd.) Di bawah jenama inilah Matsushita menjual panel paparan plasma dan LCD, perakam dan pemain DVD, pemain Cakera Blu-ray, kamera video, telefon, ketuhar gelombang mikro, pencukur, projektor, kamera digital, bateri, komputer riba (di bawah subjenama Toughbook), CD mudah alih, kelengkapan stereo rumah, komponen elektronik dan semikonduktor, semuanya dipasarkan bawah cogan kata "Ideas for Life."

Pada 10 Januari 2008, Matsushita mengumumkan hasratnya untuk menukar nama syarikat ke Panasonic Corporation, mulai 1 Oktober 2008.[1] Cadangan ini diluluskan di mesyuarat pemegang saham tahunan pada 26 Jun.[2] Pada 1 Oktober 2008, nama syarikatnya bertukar ke Panasonic Corporation.

Pengenalan

Jenama Panasonic direka oleh Matsushita pada tahun 1955 untuk pasaran AS, Kanada dan Mexico kerana jenama National sudah didaftarkan pihak lain.[3][4] Jenama Panasonic direka berasaskan elemen-elemen "pan" yang bererti "segala" begabung dengan "sonic" yang bererti "bunyi", kerana jenama ini julung kali digunakan untuk kelengkapan audio.

Berasaskan jualan tahunan elektronik pada tahun 2004, Matsushita ialah pengeluar elektronik Jepun yang terbesar, mendahului Hitachi. Pada masa dahulu, oleh sebab taktik peniruannya Matsushita dipersenda di Jepun dengan jolokan "Maneshita" ("mane" bererti "tiruan"), namun sebenarnya Matsushita banyak sekali membuat perancangan, penyelidikan dan pembangunan produk sendiri.

Termasuk sekali syarikat-syarikat berkaitan, Matsushita telah membangunkan beraneka perusahaan, menumpu pada elektronik rumah, kelengkapan industri, dan kelengkapan telekomunikasi. Antara jenama-jenama yang dikaitkan dengan Panasonic termasuk televisyen Viera dan kamera digital Lumix.

Gaya pengurusan dan budaya korporat syarikat ini sering kali dibandingkan dengan pesaingnya Sony. Apabila keadaan Sony lebih bagus, bilangan buku yang menyanjungi pengurusan Sony bertambah, dan apabila berlaku keadaan sebaliknya, maka lebihlah buku yang memuji gaya pengurusan Panasonic di kedai buku. Tanpa mengira jualan dan keadaan yang memberangsangkan, Sony dan Panasonic sering dipandang sebagai pesaing tradisi. Pandangan ini mungkin sekali timbul daripada perang format pita video antara VHS (yang didukung Panasonic) dan Betamax (yang didukung oleh Sony).[5] Persaingan langsung terbesar antara Sony dan Panasonic kini berlangsung di segmen keluaran audio; Panasonic juga bdianggap bersaing dengan Sony dalam penjualan TV panel leper, kamera digital dan perakam DVD, iaitu tumpuan-tumpuan usaha pengeluaran, pemasaran dan penjualan Panasonic masa kini. Sebaliknya, baru-baru ini Sony telah mempelbagaikan perniagaan ke bidang perfileman, permainan video, dan kewangan yang langsung tidak menghadapi saingan dari Panasonic. Setelah Sony mengambil alih CBS Records dan Columbia Pictures, Panasonic membeli MCA (termasuk MCA Music dan Universal Pictures) pada tahun 1991 tetapi menjualnya pada tahun 1995.

Strategi korporat terkini Matsushita adalah untuk mendapat kerjasama dan usahasam dalam pembangunan teknologi tertentu (seperti LCD), sambil terus bersaing dengan syarikat lain seperti Toshiba, Hitachi dan Minebea untuk menjadi penanda aras untuk industri elektronik Jepun.

Garis masa Matsushita

Catatan dan rujukan

  1. ^ a b Matsushita Electric to Change Name to Panasonic Corporation
  2. ^ Matsushita Shareholders Approve Name Change to "Panasonic Corporation" Headquarters News, June 26, 2008
  3. ^ Panasonic brand history
  4. ^ Matsushita expands use of Panasonic brand name worldwide in April, 2003
  5. ^ "VCRs open age of convenience for viewers". The Daily Yomiuri. 1995-05-20. m/s. 17.
  6. ^ Business Week.

Pautan luar