Ordnungspolizei | |
![]() Panji-panji komander Ordnungspolizei | |
![]() Orpo dibawah pentadbiran Kementerian Dalam Negeri, diketuai oleh anggota SS | |
Kurt Daluege, Ketua Ordnungspolizei (dua dari kiri) bersama Adolf von Bomhard, Orpo Generalleutnant bagi Reich Ketiga (tiga dari kiri) di akademi polis Rathenow, Havelland, pada musim gugur 1940 | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 26 Jun 1936 |
Agensi yang mengambil alih |
|
Jenis | Polis Negara |
Bidang kuasa | ![]() Taklukan Eropah |
Ibu pejabat | Hauptamt Ordungspolizei, Prinz-Albrecht-Straße, Berlin 52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E |
Kakitangan | 401,300 (1944)[1] |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif Polis Negara |
|
Agensi induk | Reichsinnenministerium (Kementerian Dalam Negeri Reich) |
Ordnungspolizei atau Orpo (bahasa Inggeris: Order Police ) (Bahasa Melayu: Polis Tetap) ialah pasukan polis beruniform di Jerman Nazi antara tahun 1936 dan 1945.[2] Organisasi Orpo telah diserap kedalam penguasaan Nazi selepas bidang kuasa polis serantau dikeluarkan bagi menyokong kerajaan pusat Nazi (Verreichlichung polis). Ia berkhidmat dibawah SS sehingga akhir Perang Dunia II.[2] Oleh kerana pakaian seragam mereka berwarna hijau, Orpo juga dikenali sebagai Grüne Polizei (polis hijau). Pasukan tersebut pada awalnya ditubuhkan sebagai pertubuhan berpusat yang menyatukan polis beruniform kawasan bandar, bandaraya, dan pedalaman yang telah diatur mengikut negeri.[2]
Ordnungspolizei memegang hampir kesemua penguatkuasa undang-undang Reich Ketiga dan organisasi tindakbalas kecemasan, termasuk bomba, pengawal pantai, pertahanan awam, dan juga peronda malam. Dikerah bersama-sama tentera darat Wehrmacht dalam Penjajahan Poland pada tahun 1939,[3] ia bertugas mengugut penduduk-penduduk awam negara yang dijajah dan ditakluki bermula pada musim bunga 1940.[3][4]
Polis Tetap telah berkembang kepada 244.500 orang pada pertengahan 1940. Orpo adalah di bawah kawalan Reichsführer-SS Heinrich Himmler yang merupakan der Chef Deutschen Polizei im Ministerium des Innern (Ketua Polis Jerman di Kementerian Dalam Negeri Reich). Ia pada mulanya diketuai oleh SS-Oberstgruppenführer und Generaloberst der Polizei Kurt Daluege. Tetapi pada tahun 1943, Daluege mengalami serangan jantung secara besar-besaran dan telah dibuang dari bertugas. Beliau telah digantikan oleh SS-Obergruppenführer und General der Waffen-SS und der Polizei Alfred Wünnenberg, yang berkhidmat sehingga akhir perang. By 1941, Orpo telah dibahagikan kepada pejabat-pejabat berikut meliputi setiap aspek penguatkuasaan undang-undang Jerman.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Browning
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ordnungspolizei |