F-5A/B Freedom Fighter F-5E/F Tiger II | |
---|---|
| |
Peranan | Pejuang / penyerang |
Pengeluar | Northrop |
Penerbangan sulung | F-5A: 30 Julai 1959 F-5E: 11 Ogos 1972 |
Mula digunakan | 1962 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Laut Amerika Syarikat Tentera Udara Filipina Tentera Udara Brazil Lihat Pengguna bagi senarai lengkap Tentera Udara Malaysia |
Jumlah dibina | A/B/C: 836 E/F: 1,400+ |
Kos seunit | F-5E: AS$2.1 juta[1] |
Dibangunkan dari | T-38 Talon |
Kelainan | Canadair CF-5 F-20 Tigershark |
Northrop F-5A Freedom Fighter adalah sebuah pesawat pejuang kos rendah yang sesuai digunakan oleh pasukan tentera udara kecil-kecilan untuk cuba untuk mengendalikan pesawat pejuang supersonik. Pesawat ini mula dibina oleh syarikat Northrop dalam tahun 1962.
Pesawat ini ada mulanya dibuat sebagai sebuah pesawat kos rendah yang memerlukan senggaraan yang mudah untuk dikendalikan. Ia dibuat untuk pengendalian oleh pasukan tentera yang tidak mempunyai pengalaman mengendalikan jet pejuang supersonik. Tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat enggan membeli pesawat ini kerana terlalu ringan untuk kegunaannya, tetapi berminat dengan versi pesawat latihan (kemudiannya menjadi T-38 Talon untuk kegunaan sebagai pesawat latihan penerbangan supersonik.
Apabila Presiden John F. Kennedy mengambil tampuk pemerintahan, Pentadbirannya dengan agresif mahu memerangi pengaruh Soviet Union, khususnya di negara-negara membangun. Perhatian mereka beralih kepada reka bentuk N-156F buatan Northrop, dan menjadi pesawat F-5A Freedom Fighter. Pesanan pertama diterima dalam tahun 1964 untuk pembekalan kepada Tentera Udara Diraja Norway. Akhirnya 636 buah pesawat F-5A dibina sehingga pengeluaran berakhir dalam tahun 1972.
Tentera Udara Amerika Syarikat membuat penilaian pesawat F-5A di bawah program the Skoshi Tiger dalam tahun 1965. 12 buat pesawat dihantar untuk penilaian oleh Kumpulan Pejuang Taktikal ke 4503 (4503 TFW) dan diberikan penamaan F-5C. kumpulan ini mengadakan 3,500 penerbangan dari Bien Hoa di Vietnam Selatan dengan mengalami dua pesawat musnah. Tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat mendapati pesawat F-5 tidak sesuai untuk kegunaan mereka. Pesawat-pesawat itu dipindahkan kepada Tentera Udara Vietnam Selatan. Vietnam Selatan mahukan pesawat F-4 Phantom, tetapi tidak diendahkan oleh Amerika Syarikat. Sebaliknya, mereka berpendapat pesawat F-5 setanding dengan pesawat supersonik yang digunakan oleh Vietnam Utara. Pesawat F-5 Vietnam Selatan menjalankan misi serangan darat untuk membantu pasukan tentera darat.
Perkhidmatan pesawat F-5 freedom Fighter dalam perkhidmatan Vietnam Selatan mendukacitakan kerana mempunyai ketepatan mengebom yang kurang baik. Selepas pengunduran Amerika Syarikat dari Vietnam Selatan dalam tahun 1973 melihat peningkatan bantuan tentera kepada Vietnam. Sejumlah 126 buah pesawat F-5A dihantar ke Vietnam, kebanyakannya menggunakan pesawat yang dahulunya digunakan oleh Taiwan, Korea Selatan dan Iran yang bertukar menggunakan pesawat F-5E Tiger II yang lebih berkeupayaan.
Menjelang tahun 1974, Vietnam mengendalikan 4 skuadron pesawat F-5A dan 3 skuadron F-5E. 36 buah pesawat F-5A yang lain diletakkan sebagai simpanan. Semasa serangan Vietnam Utara dalam tahun 1975, juru terbang Vietnam Selatan dapat melarikan 4 pesawat F-5A dan 22 pesawat F-5E mereka ke Thailand, dan kemudiannya dipulangkan kepada Amerika Syarikat.
87 buah pesawat F-5A dan F-5B ditawan oleh Vietnam dan digunakan oleh Tentera Udara Vietnam. Selepas kejatuhan Vietnam Selatan, pesawat-pesawat F-5 yang ditawan digunakan oleh Vietnam dalam peperangan di Kemboja, khususnya untuk mengebom kedudukan Khmer Rouge. Kerana kesukaran mendapatkan alat ganti, pesawat-pesawat F-5A dihentikan penggunaannya.
Rencana utama: Northrop F5E |
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama USN F-5N
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Northrop F-5. |