Noraini Jane
Yang Berbahagia Dato’ Seri
KeputeraanNoraini Jane binti Kamarul Ariffin
(1959-07-25) 25 Julai 1959 (umur 64)
PasanganRaja Ashman Shah (k. 1991; m. 2012)
AnakandaYM Raja Eminah Alliyah
YTM Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (Raja Kecil Sulong Perak)
YM Raja Bainunisa Safia
Nama penuh
Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin
AyahandaTan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin
PekerjaanPelakon

Yang Berbahagia Dato’ Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin (lahir 25 Julai 1959) adalah isteri kepada Almarhum Yang Teramat Mulia Raja Ashman Shah yang juga merupakan anakanda kepada Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Almarhum Raja Ashman Shah telah dilantik sebagai Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak pada 16 Mac 2010 sehingga kemangkatannya pada 30 Mac 2012.

Biografi

Beliau adalah anak perempuan kepada Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Beliau memiliki raut wajah pan-asian kerana ibunya merupakan warganegara Australia yang berketurunan Inggeris.

Pendidikan

Beliau telah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara dan Garden International School, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Kehidupan peribadi

Dato' Seri Noraini Jane telah melangsungkan perkahwinan dengan Raja Ashman Shah pada 26 September 1991. Suaminya mangkat pada 30 Mac 2012 di rumah mereka di Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur akibat serangan asma.[1]

Kerjaya

Dato’ Seri Noraini Jane pernah berlakon dalam filem Jasmin 1984 dan 1986 serta mendapat pencalonan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1986. Filem ini juga merupakan arahan bapanya Tan Sri Kamarul Arrifin selaku pengarah dan lakon layar.

Dato' Seri Noraini juga merupakan pemilik tadika Jasmin Kindergarten di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan penulis buku "Corak : Patterns and Proverbs of Nature".

Keluarga

Beliau memiliki tiga orang anakanda bersama suami, Raja Ashman Shah:

Panggilan dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Dato' Seri Noraini Jane
Gaya panggilan Yang Berbahagia
Gaya pertuturan Yang Berbahagia
Gaya pilihan Dato' Seri

Nama penuh berserta gelaran rasmi beliau ialah:

Yang Berbahagia Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin, D.K.A. II, S.P.C.M.

Darjah kebesaran

Rujukan

  1. ^ Raja Ashman anakanda Sultan Perak mangkat akibat asma
  2. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-23. Dicapai pada 2023-12-11.