Nabil Mahir | |
---|---|
نبيل ماهر | |
Kelahiran | Ahmad Nabil bin Ahmad Mahir 28 April 1988 |
Pendidikan | Sarjana Muda dalam dalam Jurusan Perniagaan |
Pusat pendidikan | Universiti HELP |
Pekerjaan | Pengacara, pelakon, model |
Tahun aktif | 2010–kini |
Pasangan | Ayda Jebat (k. 2021) |
Anak-anak | 2 |
Ahmad Nabil Ahmad Mahir (lahir 28 April 1988) ialah seorang pengacara, model dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awalnya dengan menjayakan beberapa iklan komersial, seterusnya meraih perhatian umum sebagai pengacara rancangan hLive di Astro Ria.[1]
Nabil sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon, Sarah Hildebrand. Pada Februari 2019, Mereka mengumumkan perpisahan selepas lima tahun bersama.[2][3][4]
Beliau bertunang dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat pada 28 April 2020, iaitu bersempena dengan ulang tahun Nabil ke-32.[5] Pasangan ini bertunang secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.[6]
Beliau disahkan bebas jangkitan COVID-19 selepas melakukan ujian saringan virus itu di sebuah pusat perubatan di Damansara, Petaling Jaya.[7]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | HLive | Pengacara | Astro Ria |
|1=
(bantuan)