Mr. Bibik | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Novel Mr. Bibik karya Aein Dhiyauddin |
Ditulis oleh | Farhana Fauri |
Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Cinta Jatuh" nyanyian Kaer |
Lagu penutup | "Cinta Jatuh" nyanyian Kaer |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Datuk Hasniza Nordin |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Saphire Screen Sdn Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 & IQIYI |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 29 Oktober 2021 – 25 November 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Wifi Sebelah Rumah Semanis Senyumanmu |
Diikuti oleh | Kisah Cinta Kita |
Mr. Bibik ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Zara Zya dan Raja Afiq. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 29 Oktober 2021 menggantikan Wifi Sebelah Rumah dan Semanis Senyumanmu. [1]
Aulia dan Mukhriz bertunang kerana campur tangan orang tua. Mukhriz obses dengan Aulia dari zaman remaja walaupun semua gadis mampu dimilikinya dengan mudah. Bagi Mukhriz, Aulia amat berbeza baginya. Aulia pula langsung tidak menunjukkan minat terhadapnya sehingga Mukhriz diperlekehkan oleh kawan-kawannya.
Firas, seorang lelaki yang berperwatakan biasa sedang melalui fasa kecewa dalam hidupnya. Dia sanggup berhenti kerja dari sebuah syarikat besar untuk memulakan perniagaan dengan tunangnya, Arisya. Sayangnya, Firas dikhianati apabila Arisya telah berkahwin dengan lelaki lain. Hilang kerja dan juga putus tunang, Firas tidak hilang semangat malah dia tidak kisah untuk bekerja di syarikat pembersihan milik kenalannya.
Hari pertama Firas memulakan tugasnya, dia telah diarahkan untuk membersihkan rumah Aulia. Oleh kerana ada insiden yang kurang menyenangkan antara mereka berdua sebelum ini, Aulia mahu menolak servis Firas. Tambahan pula, Aulia tidak senang dengan lelaki yang bekerja sebagai pembantu rumah. Akhirnya Aulia terpaksa terima kerana kawannya Siti yang juga pemilik syarikat itu memberikan perkhidmatan percuma apabila tidak dapat menghantar pembantu rumah yang sudah biasa ditugaskan.
Firas pening dengan sikap pemalas Aulia dan keadaan rumah yang bersepah. Setelah hampir seminggu bekerja di situ dan pada hari terakhir, tiba-tiba rumah Aulia didatangi Mukhriz dan ayah Aulia, Tuan Halim. Mukhriz menuduh Aulia menyimpan lelaki di rumahnya. Puas Aulia dan Firas menerangkan keadaan sebenar tetapi Tuan Halim tetap kecewa.
Mukhriz menawarkan diri berkahwin dengan Aulia untuk menutup malu Tuan Halim. Namun, Tuan Halim mahu Firas bertanggungjawab atas perbuatannya terhadap Aulia dan mendesak Firas untuk menikahi anaknya. Tuan Halim sanggup mengugut Firas jika tidak mahu ibunya mengetahui perkara yang memalukan ini. Firas minta diberikan masa untuk membuat persediaan.
Firas tidak dapat menerima Aulia seorang yang pemalas dan pengotor untuk menjadi isterinya. Begitu juga dengan Aulia, tidak sanggup bersuamikan Mr Bibik! Mukhriz pula tidak mahu kehilangan Aulia dan tetap akan mencari jalan untuk merampas Aulia balik! Apakah yang akan berlaku seterusnya?