Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Mohammed Rabiu Al-Hassan[1] | ||
Tarikh lahir | 31 Disember 1989 | ||
Tempat lahir | Accra, Greater Accra, Ghana | ||
Ketinggian | 1.88 m (6 ka 2 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | FC Kuban Krasnodar | ||
Nombor | 17 | ||
Kerjaya remaja | |||
–2010 | Liberty | ||
2009–2010 | → Sampdoria (pinjam) | ||
2010 | → Udinese (pinjam) | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2008 | → Gimnàstic (pinjam) | 2 | (0) |
2008–2009 | → Xerez (pinjam) | 1 | (0) |
2010–2011 | → Evian (pinjam) | 10 | (0) |
2011–2013 | Evian | 53 | (2) |
2013– | Kuban Krasnodar | 31 | (1) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2009 | Ghana B20 | 9 | (2) |
2011– | Ghana | 17 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Mei 2015 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2014 |
Mohammed Rabiu Al-Hassan (Arab: محمد رابيو الحسن ; lahir 31 Disember 1989), dikenali sebagai Mohammed Rabiu (/moʊˈhæməd ræˈbiːjuː/ moh-HAM-əd rab-BEE-ew) merupakan pemain bola sepak profesional Ghana yang bermain untuk kelab Liga Perdana Rusia, FC Kuban Krasnodar,[2] dan pasukan kebangsaan Ghana.
Rabiu menyertai Gimnàstic pada 31 Januari 2008 dari Liberty ketika berumur 18 tahun.[3] Dia bermain perlawanan pertamanya pada 18 Mei 2008 ketika menentang Sevilla Atlético, tetapi meninggalkan kelab itu selepas 6 bulan untuk menyertai Xerez CD.[4] Dia bermain perlawanan pertamanya pada 11 November 2008 menentang CD Tenerife. Pada 7 Ogos 2009. U.C. Sampdoria menandatangani pemain Ghana itu secara pinjaman dari Liberty Professionals FC.[5] Selepas semusim, dia menyertai kelab Serie A, Udinese Calcio.
Pada 4 Ogos 2010, dia berlatih di Évian Thonon Gaillard untuk kemungkinan perpindahan secara pinjaman,[6] yang disahkan pada bulan Ogos.[7] Dia membuat penampilan sulungnya pada 17 Oktober 2010, bermain 10 perlawanan sepanjang musim[8] Pada 28 Jun 2011, Évian dinaikkan ke Ligue 1 pada musim 2010-11. Evian kemudiannya menandatangani perjanjian lima tahun untuk Rabiu, dengan yuran €1j.[9]
Pada 22 Ogos 2013, Rabiu menandatangani perjanjian tiga tahun dengan Kuban Krasnodar, dengan yuran dilaporkan sebanyak €2.6j.[10][11]
Rabiu mewakili Ghana bawah-20 di peringkat antarabangsa.[12] Dia bermain bersama pasukan itu ketika kelayakan Kejohanan Belia Afrika 2009 di Rwanda.[13]Pada tahun 2008, dia dipanggil ke skuad Black Stars untuk Piala Negara-Negara Afrika 2008 di Ghana.[14]