Mirmo Zibang!
GenreKomedi, romantis
Manga
PengarangHiromu Shinozuka
PenerbitJepun Shogakukan
Taiwan Tong Li
Hong Kong Jade Dynasty
Singapura Chuang Yi (English)
Itali PlayPress
Korea Selatan Daiwon C&A Holdings
Amerika Syarikat VIZ Media
Thailand Bongkoch Publishing
Jerman Carlsen Comics
Anime
PengarahKenichi Kasai
StudioShogakukan
Penyiaran AsalJepun TV Tokyo
Korea SelatanSBS
Brazil Republik ChinaCartoon Network
Filipina HERO, ABS-CBN, Cartoon Network
Malaysia TV3,TV9
Itali Italia 1
Amerika Syarikat Disney Channel
Thailand MCOT,True Vision Ch 51
Dikeluarkan pada6 April 200227 September 2005
Portal Anime dan Manga

Mirmo Zibang! (atau Pari-Pari Yang Pentingkan Diri: Mirmo De Pon! (Jepun: わがまま☆フェアリー ミルモでポン!, Hepburn: Wagamama Fearī Mirumo de Pon!)) adalah siri manga dan anime dari Jepun. Kartun animasi ini telah disiarkan di Malaysia menerusi saluran TV3 dan TV9.

Mirmo mula mencapai sambutan hangat di Japan pada tahun 2001 setelah dilancarkan sebagai komik bersiri dalam majalah manga perempuan peneraju oleh Shogakukan, Ciao. Mirmo kemudian dilancarkan sebagai siri animasi di TV Tokyo dari April 2002 hingga September 2005. Mirmo telah banyak berjaya di Jepun, memenangi anugerah manga "Children's Group" tahunan ke-27 anjuran Kodansha, dan juga anugerah oleh TV Tokyo bagi rancangan baru berating tinggi pada tahun 2003.

Cerita

Katie (Kaede) Minami adalah seorang pelajar perempuan tahun kedua sekolah menengah rendah (tingkatan dua) yang ceria dan cergas. Namun, Katie sering terasa malu apabila bersama rakan lelaki yang sekelas, maka agak susah untuk dia berdating.

Suatu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, Katie memasuki sebuah kedai misteri dan membeli sebiji mag koko berwarna biru. Setibanya di rumah, dia melihat di permukaan mag dan mendapati catatan yang tertera padanya: "Jika anda menyebut mesej ini sambil mencurahkan minuman koko panas ke dalam mag ini, seekor pari-pari cinta (muglox) akan muncul dan menunaikan apa-apa yang anda idamkan." Meskipun tidak percaya, Kaede terus mengikut kaedah tersebut lalu meluahkan impiannya untuk menjadi teman wanita Dylan (Setsu) Yuki, pujaan perempuan dalam kelas. Maka munculnya seekor pari-pari cinta bernama Mirmo (Mirumo). Mulanya Katie takut akannya namun lambat-laun, memahami bahawa Mirmo itu adalah muglox. Katie juga mendapati bahawa Mirmo lebih gemar makan coklat dan berbuat nakal daripada menolong Katie.

Mirmo, nampaknya, merupakan putera raja kepada dunia muglox. Oleh sebab bimbang akan prospek berkahwin dengan Rima (Rirumu), bakal pengantin puterinya, Mirmo melarikan diri dari dunia muglox. Malangnya, Mirmo juga telah dijejaki Rima, Yatch si pencari orang, dan sekelompok muglox yang berbagai-bagai ragam. Maka berubahnya zaman persekolahan Katie dan rakan-rakannya.

Watak

Watak utama

Pautan luar