Merchang merupakan sebuah kampung yang terletak di mukim yang mempunyai nama yang sama di daerah Marang, Terengganu, Malaysia.[1] Perikanan (termasuk perusahaan tiram) dan pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang utama di Merchang.[2] Penduduknya 97% ialah orang Melayu. Sektor ekonomi di Merchang agak mundur dan amat memerlukan kemudahan infrastuktur kerana kedudukannya yang amat jauh dari bandar-bandar utama seperti Kuala Terengganu (38 km) dan Kuala Dungun (37 km). Rata-rata penduduk di Merchang beragama Islam.

Kemudahan di Merchang


Rujukan

  1. ^ Ladang Hutan Karas, Pemandangan Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang, Terengganu.
  2. ^ Tidak perlu dipolitikkan isu muara Sungai Merchang
  3. ^ Sekolah Kebangsaan Merchang
  4. ^ Direktori PDRM Terengganu - Marang
    Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pautan luar