"Menyantun Kasih" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nordiana | ||||
Dilancarkan pada | 14 Oktober 2022 | |||
Dirakamkan pada | April – Julai 2022 | |||
Format | ||||
Genre | Pop | |||
Panjang | 4:28 | |||
Syarikat | Luncai Emas | |||
Penulis |
| |||
Penerbit | M. Nasir | |||
Kronologi single Siti Nordiana | ||||
| ||||
"Menyantun Kasih" di YouTube | ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"Menyantun Kasih" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Siti Nordiana. Lagu ini ialah hasil nukilan oleh M. Nasir dan dikelurkan pada 14 Oktober 2022 oleh Luncai Emas.[1][2] Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini.
"Menyantun Kasih" ialah kolaborasi sulung Siti Nordiana dan M. Nasir.[3] Ditanya mengenai gaya dan alunan muzik lagu ini, beliau berkata:
"Pertama kali Nana dengar demo lagu ini, Nana terus jatuh cinta. Susunan muzik lagu ini menggunakan elemen etnik Sunda yang lain daripada lagu-lagu Nana sebelum ini. Ia membuatkan satu pembaharuan untuk Nana. Liriknya menceritakan tentang kesetiaan seseorang yang bertahan demi cinta. Walaupun ditinggalkan, dia masih rasa sayang kepada kekasihnya. Banyak juga cabaran dan pengalaman sewaktu merakam lagu ini. Dato’ M. Nasir sendiri yang bimbing Nana dari segi penghayatan dan lontaran. Keon pula menerangkan erti lirik itu, agar Nana faham apa yang Keon ingin sampaikan. Ia merupakan satu pengalaman yang Nana tak dapat lupakan,".
Nana juga berkata, beliau mengambil masa lima tahun sejak 2017 untuk mendapatkan khidmat Nasir untuk memberikan lagu ciptaannya.[4][5][6] Menurutnya, beliau perlu melalui empat kali proses rakaman antara April hingga Julai 2022 sebelum Nasir berpuas hati dengan hasilnya.[2]
Muzik video untuk "Menyantun Kasih" dikeluarkan serentak dengan pelancaran rasmi lagunya pada 14 Oktober 2022. Ia diarahkan oleh Yussuf Yunus.[1] Muzik videonya telah meraih jumlah tontonan sebanyak 200 ribu kali sejak dikeluarkan.[4]
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 14 Oktober 2022 | Muat turun digital[7] Pensitriman digital[8] |
Luncai Emas |