Matt Damon | |
---|---|
Kelahiran | Matthew Paige Damon 8 Oktober 1970 |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, penulis |
Tahun aktif | 1988–kini |
Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in) |
Pasangan | Luciana Bozán Barroso (k. 2005) |
Anak-anak | 4 |
Matthew Paige "Matt" Damon (/ˈdeɪmən/; lahir 8 Oktober 1970)[1] ialah seorang pelakon, penerbit dan penulis filem Amerika Syarikat. Damon dan Ben Affleck menulis lakon layar yang memenangi Anugerah Akademi, Good Will Hunting (1997) yang juga dibintangi olehnya. Beliau merupakan salah seorang daripada 40 pelakon lelaki dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa. Sebagai tambahan kepada banyak anugerah yang diterima oleh Damon termasuk Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe, beliau menerima satu bintang di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2007 untuk kerjanya dalam industri filem.
Damon dikenali sebagai pelakon versatil, membintangi dalam filem-filem yang mencapai kejayaan komersial dan kritis seperti siri Bourne, Ocean, The Talented Mr. Ripley (1999), Dogma (1999),[2] Saving Private Ryan (1998) dan The Martian (2015). Beliau mendapat pujian kritis untuk lakonannya dalam Syriana (2005) dan The Good Shepherd (2006) serta The Departed (2006).
Damon dilahirkan di Cambridge, Massachusetts, anak kepada Kent Telfer Damon dan Nancy Carlsson-Paige.[3][4] Bapanya berketurunan Inggeris dan Scotland manakala ibunya berketurunan Finland dan Sweden.[5][6][7] Damon dan keluarganya berpindah ke Newton untuk dua tahun. Ibu-bapanya bercerai ketika beliau berumur dua tahun dan kembali bersama ibunya ke Cambridge.[4][8] Beliau menghadiri Sekolah Alternatif Cambridge (sekarang Graham and Parks) dan kemudiannya Sekolah Latin dan Cambridge Rindge. Damon berlakon dalam beberapa produksi teater sekolah tinggi.[4] Damon menghadiri Universiti Harvard tetapi meninggalkan universiti itu untuk berlakon dalam School Ties.
Damon menghadiri Universiti Harvard pada tahun 1988 dimana beliau muncul dalam lakonan teater pelajar seperti Burn This dan A... My Name is Alice.[9][10] Beliau membuat penampilan filem pertamanya ketika berumur 18 tahun dalam Mystic Pizza.[11] Sebagai seorang pelajar di Universiti Harvard, beliau berlakon sebagai peranan kecil seperti dalam Rising Son dan School Ties.[12] Beliau meninggalkan universiti itu pada tahun 1992 untuk berlakon dalam Geronimo: An American Legend[9][13] Damon kemudiannya muncul dalam Courage Under Fire.[11][14]
Pada awal tahun 1990an, Damon dan Affleck menulis lakon layar Good Will Hunting (1997).[15] Ia menerima sembilan pencalonan Anugerah Akademi, mendapatkan Damon dan Affleck Oskar[16][17] dan Golden Globes untuk Lakon Layar Terbaik.[18] Damon juga dicalonkan Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem itu.[16] Beliau dan Affleck dibayar gaji $600,000 manakala filem itu mengutip lebih daripada $225 juta di seluruh dunia.[19] Kedua-dua mereka kemudiannya membuat parodi watak dari filem itu dalam Jay and Silent Bob Strike Back.[20]
Juga pada tahun 1997, Damon merupakan watak utama dalam The Rainmaker.[21] Selepas berjumpa Damon di set Good Will Hunting, Steven Spielberg memilih Damon untuk berlakon dalam Saving Private Ryan.[22] Beliau melakonkan watak Tom Ripley dalam The Talented Mr. Ripley (1999).[11][23] Beliau juga mempunyai peranan dalam Dogma (1999).[24] Peranan Damon sebagai watak utama dalam filem romantik seperti All the Pretty Horses dan The Legend of Bagger Vance gagal mencapai kejayaan komersial dan kritis.
Dari tahun 2001 sehingga 2007, Damon mula lebih dikenali di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada dua francais filem. Beliau membintangi sebagai Linus Caldwell dalam Ocean's Eleven; disusuli dengan dua sekuel, Ocean's Twelve (2004) dan Ocean's Thirteen (2007).[11] Beliau melakonkan watak Jason Bourne dalam The Bourne Identity (2002), The Bourne Supremacy (2004) dan The Bourne Ultimatum (2007).[11]
Damon melakonkan watak kembar siam dalam Stuck on You (2003) yang menerima skor 60% di Rotten Tomatoes dan ulasan bercampur . Beliau melakonkan watak Wilhelm Grimm dalam The Brothers Grimm (2005) yang gagal mencapai kejayaan komersial. Kemudiannya pada tahun itu, beliau muncul dalam Syriana.[25]
Pada tahun 2006, Damon menyertai Robert De Niro dalam The Good Shepherd sebagai pegawai CIA dan mempunyai peranan dalam The Departed.[11] The Departed mendapat skor 92% di Rotten Tomatoes dan menerima ulasan positif. Damon membuat penampilan kameo tidak dikredit dalam Youth Without Youth (2007) dan satu lagi penampilan kameo dalam Che.
Beliau membuat penampilan tetamu dalam musim keenam Entourage sebagai dirinya sendiri.[26][27] Peranan seterusnya adalah dalam The Informant! (2009).[28][29] Juga pada tahun 2009, Damon melakonkan watak François Pienaar dalam Invictus.[30] Invictus mendapatkan Damon pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik.[31]
Pada tahun 2010, beliau bekerjasama semula dengan pengarah, Paul Greengrass untuk filem aksi thriller, Green Zoneyang gagal mencapai kejayaan komersial[32] dan menerima skor 53% di Rotten Tomatoes.[33] Beliau muncul sebagai bintang tetamu dalam sebuah episod Arthur bertajuk "The Making of Arthur" sebagai dirinya sendiri. Semasa Musim 5 30 Rock, beliau muncu sebagai bintang tetamu dalam episod "I Do Do", "The Fabian Strategy", "Live Show" dan "Double Edged Sword". Projek 2010 Damon termasuk Hereafter dan True Grit.[34]
Pada tahun 2011, beliau membintangi dalam The Adjustment Bureau, Contagion dan We Bought a Zoo. Pada bulan April 2012, Damon menjalani pengambaran Promised Land, diarahkan oleh Gus Van Sant.[35][36][37] Damon mempunyai peranan dalam Behind the Candelabra yang ditayangkan di HBO pada Mei 26, 2013.[38]
Damon membintangi filem sains fiksyen, Elysium (2013) dimana beliau berlakon sebagai Max DeCosta.[39] Beliau juga muncul dalam The Zero Theorem pada tahun 2013.[40] Pada tahun 2014, beliau membintangi The Monuments Men,[41] dan mempunyai peranan kecil sebagai Dr. Mann dalam Interstellar. Beliau melakonkan watak Mark Watney dalam The Martian (2015), berdasarkan novel Andy Weir dengan tajuk yang sama. Beliau telah menandatangani untuk membintangi filem Downsizing.[42]
Damon mempunyai hubungan dengan bintang bersama Good Will Hunting, Minnie Driver.[43] Beliau kemudiannya mempunyai hubungan selama dua tahun bersama pelakon, Winona Ryder.[11] Dari tahun 2001 sehingga 2003, beliau mempunyai hubungan dengan Odessa Whitmire, bekas pembantu peribadi Billy Bob Thornton dan Ben Affleck.[11]
Damon berkahwin dengan Luciana Bozán Barroso pada Disember 9, 2005. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak perempuan: Isabella (l. 2006),[44] Gia Zavala (l. 2008)[45] dan Stella Zavala (l. 2010).[46] Beliau juga mempunyai seorang anak tiri, Alexia Barroso (l. 1999) menerusi perkahwinan Luciana sebelum itu.[47] Sejak tahun 2012, mereka tinggal di Pacific Palisades, Los Angeles,[48] dimana sebelum ini mereka tinggal di Miami dan New York.[49]
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1988 | Mystic Pizza | Steamer | |
1988 | The Good Mother | Pelakon tambahan | |
1989 | Field of Dreams | Peminat besbol di Fenway Park | Tidak dikredit |
1992 | School Ties | Charlie Dillon | |
1993 | Geronimo: An American Legend | Lt. Britton Davis | |
1996 | Glory Daze | Edgar Pudwhacker | |
1996 | Courage Under Fire | Specialist Ilario | |
1997 | Chasing Amy | Shawn Oran – Eksekutif #2 | |
1997 | The Rainmaker | Rudy Baylor | |
1997 | Good Will Hunting | Will Hunting | Juga penulis |
1998 | Saving Private Ryan | Private James Francis Ryan | |
1998 | Rounders | Mike McDermott | |
1999 | Dogma | Loki | |
1999 | The Talented Mr. Ripley | Tom Ripley | |
2000 | Titan A.E. | Cale Tucker (suara) | |
2000 | The Legend of Bagger Vance | Rannulph Junuh | |
2000 | Finding Forrester | Steven Sanderson | Kameo |
2000 | All the Pretty Horses | John Grady Cole | |
2001 | Jay and Silent Bob Strike Back | Dirinya Sendiri | Kameo |
2001 | Ocean's Eleven | Linus Caldwell | |
2001 | The Majestic | Luke Trimble (suara) | |
2002 | Gerry | Gerry | Juga penulis dan editor |
2002 | Stolen Summer | — | Penerbit |
2002 | Spirit: Stallion of the Cimarron | Spirit (suara) | |
2002 | The Third Wheel | Kevin | Penerbit Eksekutif; Juga Kameo |
2002 | The Bourne Identity | Jason Bourne/David Webb | |
2002 | Confessions of a Dangerous Mind | Matt, Bachelor #2 | Kameo |
2003 | Stuck on You | Bob Tenor | |
2004 | EuroTrip | Donny | Kameo |
2004 | Jersey Girl | PR Exec #2 | Kameo |
2004 | The Bourne Supremacy | Jason Bourne/David Webb | |
2004 | Ocean's Twelve | Linus Caldwell | |
2004 | Howard Zinn: You Can't Be Neutral on a Moving Train | Pencerita | Dokumentari |
2005 | Magnificent Desolation: Walking on the Moon 3D | Al Shepard (suara) | Dokumentari |
2005 | The Brothers Grimm | Wilhelm Grimm | |
2005 | Syriana | Bryan Woodman | |
2005 | Feast | — | Penerbit Eksekutif |
2006 | The Departed | Staff Sergeant Colin Sullivan | |
2006 | The Good Shepherd | Edward Wilson | |
2007 | Ocean's Thirteen | Linus Caldwell | |
2007 | The Bourne Ultimatum | Jason Bourne/David Webb | |
2007 | Youth Without Youth | Wartawan Majalah Life | |
2007 | Running the Sahara | Pencerita | Dokumentari; penerbit eksekutif |
2008 | Che: Part Two | Fr. Schwarz | |
2008 | Ponyo | Koichi (suara) | Dub Bahasa Inggeris |
2009 | The Informant! | Mark Whitacre | |
2009 | Invictus | Francois Pienaar | |
2010 | Green Zone | Pegawai Roy Miller | |
2010 | Hereafter | George Lonegan | |
2010 | True Grit | La Boeuf | |
2010 | Inside Job | Pencerita | Dokumentari |
2011 | The Adjustment Bureau | David Norris | |
2011 | Contagion | Mitch Emhoff | |
2011 | Margaret | Encik. Aaron | |
2011 | Happy Feet Two | Bill the Krill (suara) | |
2011 | We Bought a Zoo | Benjamin Mee | |
2012 | Promised Land | Steve Butler | Juga penulis dan penerbit |
2013 | Behind the Candelabra | Scott Thorson | |
2013 | Elysium | Max Da Costa | |
2013 | The Zero Theorem | Management | |
2014 | The Monuments Men | James Granger | |
2014 | The Man Who Saved the World | Dirinya sendiri | Dokumentari |
2014 | Interstellar | Dr. Mann | |
2015 | The Martian | Mark Watney | |
2016 | Manchester by the Sea | — | Penerbit |
2016 | Jason Bourne | Jason Bourne/David Webb | Juga penulis dan penerbit |
2016 | The Great Wall | William Garin | |
2017 | Bending The Arc | — | Dokumentari; penerbit eksekutif |
2017 | Downsizing | Paul Safranek | |
2017 | Surburbicon | Gardner Lodge | |
2017 | Thor: Ragnarok | Pelakon Loki | Kameo |
2018 | Unsane | Detektif Ferguson | Kameo |
2018 | Deadpool 2 | Redneck #1 | Kameo; dikreditkan sebagai "Dickie Greenleaf" |
2018 | Ocean's 8 | Linus Caldwell | Kameo; adegan dipadam |
2019 | Ford v Ferrari | Carroll Shelby | |
2019 | Jay and Silent Bob Reboot | Loki | Kameo |
2021 | No Sudden Move | Mike Lowen/Mr. Big | Kameo |
2021 | Stillwater | Bill Banker | |
2021 | The Last Duel | Jean de Carrouges | Juga sebagai penulis dan penerbit |
2022 | Thor: Love and Thunder | Pelakon Loki | Kameo |
2023 | Air | Sonny Vaccaro | Juga sebagai penerbit |
2023 | Oppenheimer | Leslie Groves |
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1990 | Rising Son | Charlie Robinson | Filem |
2001–2005, 2015 | Project Greenlight | 33 episod Juga penerbit eksekutif | |
2002 | Saturday Night Live | Diri sendiri (hos) | Episod: "Matt Damon/Bruce Springsteen & The E Street Band" |
2002 | The Bernie Mac Show | Diri sendiri | Episod: "Keep It on the Short Grass" |
2002 | Will & Grace | Owen | Episod: "A Chorus Lie" |
2003–2009 | Journey to Planet Earth | Pencerita | 8 episod |
2007 | Arthur | Diri sendiri (suara) | Episod: "The Making of Arthur/Dancing Fools" |
2009 | Entourage | Diri sendiri | Episod: "Give a Little Bit" |
2010–2011 | 30 Rock | Carol Burnett | 4 episod |
2011 | Saturday Night Live | Penagih dadah yang kacak | Tidak dikredit Episod: "Katy Perry/Robyn" |
2013 | Jimmy Kimmel Live! | Diri sendiri (hos) | Episod: "Jimmy Kimmel Sucks!" |
2013 | House of Lies | Diri sendiri | Episod: "Damonschildren.org" |
2013 | Behind the Candelabra | Scott Thorson | Filem |
2014 | Years of Living Dangerously | Diri sendiri | Episod: "A Dangerous Future" |
2015 | Galaxy World of Alisa | Ber dan Ik | Dub Bahasa Inggeris British dan Amerika |
|publisher=
(bantuan)
|publisher=
(bantuan)
|publisher=
(bantuan)
|publisher=
(bantuan)CS1 maint: uses authors parameter (link)
|publisher=
(bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|publisher=
(bantuan)
|accessdate=
(bantuan)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Matt Damon |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Matt Damon |