Matahari | |
---|---|
Pengarah | Ramon A. Estella |
Cerita oleh | A. Razak |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi | Maria Menado Ahmad Mahmud Jins Shamsuddin Aziz Jaafar Salleh Kamil Omar Rojik |
Sinematografi | Hitam putih |
Disunting oleh | H. R. Narayana Hayat Harris |
Muzik oleh | Osman Ahmad |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 1958 |
Negara | Malaya (Malaysia & Singapura) |
Bahasa | Melayu |
Matahari merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian Malaya pada tahun 1958. Filem Matahari diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Matahari diarah oleh pengarah Ramon A. Estella dan dibantu oleh Omar Rojik. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. Filem Matahari ini ditayangkan pada 1958.
Filem ini mengisahkan pemberontakan penduduk di Tanah Melayu terhadap penjarahan oleh tentera Jepun. Konflik cinta kasih sayang juga diterapkan dalam plot filem ini. Di penghujung cerita, Matahari (Maria Menado) satu-satunya wanita yang terselamat bersama-sama 9 orang askar Melayu serta seorang askar Gurkha melawan tentera Jepun sehingga titisan darah terakhir.
Pelakon tambahan seperti Askar Jepun dan Orang Kampung masih belum diketahui