Mat Dan | |
---|---|
Kelahiran | Daniel James Tyler 18 Oktober 1989 |
Warganegara | United Kingdom |
Nama lain | Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah |
Pendidikan | |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2016–kini |
Majikan | |
Terkenal kerana | Penguaaan bahasa Melayu dialek Terengganu oleh orang Inggeris |
Karya terkenal |
|
Pasangan | Nadifa Adnan (k. 2017) |
Anak-anak | 3 |
Ibu | Nicola Tyler |
Bapa | Kevin Tyler |
Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah[4] (lahir Daniel James Tyler,[5] 18 Oktober 1989[6][7]) atau lebih dikenali sebagai Mat Dan merupakan seorang pengembara Inggeris dan pengacara TV yang berwarganegara United Kingdom[8] dan sudah menetap di Malaysia sejak 2009. Beliau mula menetap di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas. Pada tahun 2018, beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia. Beliau juga telah memeluk Islam dan menggunakan nama Kareef Daniel Abdullah.
Beliau dikenali kerana kefasihan beliau bertutur bahasa Melayu dialek Terengganu dengan cukup baik.[9] Kini, beliau lebih dikenali dalam rancangan TV berkenaan pengembaraannya bersama rakan-rakan yang bertajuk Haramain Backpackers - Trans Siberian dan juga sebagai pengacara rancangan Mat Dan Kaki Jalan.[10]
Daniel James Tyler dilahirkan di Bristol, England pada 18 Oktober 1989[11][7] sebagai anak kedua daripada tiga beradik. Adik bongsunya bernama Will Tyler (lahir 1993)[12] manakala abangnya ialah Joe Tyler.[3][13] Beliau ialah anak kepada Kevin dan Nicola Tyler. Bapanya seorang ahli perniagaan manakala ibunya pula seorang pentadbir.[9]
Pada tahun 2009, beliau telah pergi melancong di Thailand dan Laos bersama seorang rakannya[14] selepas menamatkan Advanced Subsidiary Level di kolej beliau.[9][15] Ketika itu, rakannya telah memberi cadangan agar beliau melawati Pulau Perhentian. Ketika di sana, beliau mendapat tahu pula mengenai Pulau Kapas. 10 hari selepas berada di Pulau Perhentian,[16] beliau datang ke Pulau Kapas. Sepanjang berada di situ, beliau menjadi seorang sukarelawan di sebuah chalet. Beliau menjaga meja sambut tetamu di samping membersihkan bilik tetamu selama empat bulan sebagai saraan diri sebelum meneruskan perjalanannya. Beliau kembali ke Pulau Kapas pada tahun 2010[16] lalu menetap sehingga lebih 7 tahun di sana dengan alasan layanan baik orang Malaysia dan tempat yang cantik menyebabkan beliau terus kekal di pulau tersebut.[6][9][15] Di situ jugalah beliau telah mempelajari cara hidup dan bahasa penduduk tempatan dengan penguasaan dialek Terengganu memakan masa sebanyak 3 hingga 4 tahun.[14]
Pada 26 Februari 2018, Daniel telah menerima status Penduduk Tetap (PR) Malaysia daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika perasmian Ekspo Terengganu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Terengganu.[17][18][19][20]
Pada Januari 2013, beliau telah memeluk Islam dengan bantuan abang angkatnya, Zakaria Sulong,[15] lalu menukar namanya kepada Mohammad Kareef Daniel Abdullah.[21][22]
Beliau telah bertunang dan berkahwin dengan Nadifa Adnan (lahir 15 April 1989),[23][24] seorang gadis Melayu tempatan,[25] pada 12 Mac 2017 di rumah keluarga isterinya di Bukit Chendering, Terengganu.[26][27]
Beliau telah mendapat seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 5 Mei 2018 dengan berat 2.7 kilogram pada pukul 6.43 petang waktu Malaysia (WPM) di Hospital Pakar Salam serta diberi nama Muhammad Zayne Danial James Tyler.[13][28] Beliau mendapat seorang lagi anak lelaki yang dilahirkan pada 7 November 2020 dengan berat 3.23 kilogram pada pukul 10.55 pagi WPM di Hospital Sultanah Nur Zahirah.[29] Namanya diberi sebagai Eydan Yusoff bin Daniel James Tyler 20 hari kemudian.[30]
Setakat Januari 2019[kemas kini], beliau bekerja sebagai seorang penyampai radio di Manis FM dan mengendalikan sebuah rancangan travelog makanan.[31]
Pada 22 Oktober 2016, beliau telah dilantik sebagai Duta Alam Sekitar Negeri Terengganu sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri di Kerteh oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).[32]
Pada 4 September 2019, Mat Dan telah dipilih sebagai Ikon Pelancongan Terengganu oleh kerajaan negeri Terengganu. Pemilihan beliau dibuat bagi membolehkan Mat Dan mempromosi dan memperkukuh nama Terengganu ke persada yang lebih besar, khususnya pasaran luar negara seperti United Kingdom dan Eropah.[33] Beliau menyatakan, "sejak hari pertama saya sampai di Malaysia, saya telah jatuh cinta dengan negara ini".[34]
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016–2017 | Haramain Backpackers[10] - Trans Siberian -[15] | Pengacara | Astro Oasis | mengacara bersama PU Amin |
Mat Dan Kaki Jalan[10][35][36] | Astro Prima | |||
2018 | Mahabbah Meals[37] | Astro Gempak | ||
I Can See Your Voice Malaysia (musim 1)[38] | Penyiasat jemputan | ntv7 | ||
2022 | Borak Kopitiam | Pengacara | TV3 | |
2023 | Misi Mat Dan | TV9 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Matilahnak[39] | Astro Citra | |
2021 | Busker Bercinta | Rejab | TV2 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016–2017 | Jenaka Kampung Kalut (J.K.K)[40] | TV3 | Sitkom |
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
2019–2021 | Manis Manis Pagi | Manis FM |
9 Januari 2022 - kini | Molek Petang | Molek FM |
Nama penuh saya adalah Daniel James Tyler.