Makaron | |
---|---|
Jenis | Manisan |
Tempat asal | Perancis |
Dicipta oleh | Tukang masak Caterina de' Medici. |
Bahan utama | Kulit: Putih telur, gula aising, gula kasar, badam kisar, pewarna makanan Isi: krim mentega atau krim beku, ganache atau jem |
sunting · sunting di Wikidata |
Makaron ([ma.ka.ron], pinjaman bahasa Perancis: macaron serapan Itali Selatan maccarone)[1] ialah sejenis manisan berasaskan meringue diperbuat daripada putih telur, gula aising, gula kasar, badam yang telah dikisar dan pewarna makanan.
Ia terdiri daripada kepingan meringue seakan biskut yang diisi inti tertentu seperti krim mentega, ganache atau jem.
Kuih ini lama dibuat di biara-biara Venezia oleh para rahib yang menghuninya sejak kurun ke-8 Masihi. Ia mula diperkenalkan di Perancis oleh tukang masak upahan Caterina de' Medici pada 1533 sebaik Caterina mengahwini Henri II, Raja Perancis.[2]
Makaron dahulunya dihidangkan begitu sahaja tanpa sebarang isi atau perisa khusus.[3] Pada tahun 1930-an makaron mula dikenali dengan cara hidangan yang sering diketahui dengan pelbagai perisa, di mana makaron ini dikenali dengan nama "Gerbet" - sempena seorang pembuat roti bernama Claude Gerbet yang mendakwa diri sebagai pencipta manisan tersebut[4][5] - atau macaron parisien ("makaron Paris").
Meringue dimasak melalui beberapa cara berbeza:
|chapterurl=
ignored (bantuan)|chapterurl=
ignored (bantuan)|chapterurl=
ignored (bantuan)