Nama rumi | Kabushiki gaisha Mējisu |
---|---|
Nama dahulu | 5pb. Inc. (2005–2011) |
Jenis/bentuk sah | Subsidiari |
Industri |
|
Ditubuhkan | 6 April 2005 |
Ibu pejabat | Shibuya, Tokyo, Japan |
Syarikat induk | Dwango (2013–2019)
Chiyomaru Studio (2019–2020) Colopl (2020–) |
Anak syarikat | 5pb. |
Tapak web | https://mages.co.jp/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Mages Inc. (株式会社メージス , Kabushiki gaisha Mējisu, stylized "MAGES.inc"), sebelumnya 5pb. Inc. (株式会社5pb. , Kabushiki gaisha 5pb., kependekan daripada "The Five powered & basics"), adalah pembangun permainan video jepun dan label rekod untuk permainan video dan muzik anime . Ia ditubuhkan pada 6 April 2005[1] selepas Chiyomaru Shikura meninggalkan Scitron untuk mengasaskan syarikat tersebut sebagai pengarah eksekutif, jawatan yang disandangnya hingga kini. Syarikat ini dibahagikan kepada dua bahagian, 5pb. Games untuk pembuatan permainan video, dan 5pb. Records selaku label rekod. Ia pernah menjadi sebahagian subsidiari TYO Group sehingga Shikura membeli segala hakcipta dari TYO Group pada April 15, 2009.[2] Shikura berkongsi pemilikan 5pb. bersama AGOne, ahli gabungan Dwango Japan.[3] Warga kerja termasuklah penulis senario Naotaka Hayashi, artis lukisan Yukihiro Matsuo, dan produser Tatsuya Matsuhara.
Pada April 2011, sekumpulan syarikat yang terdiri daripada Arkray, Seed Project, Dwango Creative School, Animelo Summer Life, 5pb. Record, dan 5pb. Games digabungkan di bawah syarikat induk Mages. Inc. diketuai oleh pengarah eksekutif Chiyomaru Shikura. [4] Pada Julai 2019, Mages telah diperoleh oleh studio konsep Shikura Chiyomaru Studio, dengan matlamat untuk menjadi lebih fleksibel dan pantas dalam membuat keputusan sebagai sebuah syarikat yang bebas daripada syarikat induk mereka Dwango dan daripada kumpulan Kadokawa. Dengan itu, walaupun Mages tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kumpulan Kadokawa berikutan pembelian pengurusan, ia masih menjangka mengekalkan hubungan baik yang sama dengan kumpulan yang dimilikinya setakat ini. Seiring dengan pembelian ini, syarikat ini berhasrat untuk mengukuhkan penjenamaannya dengan menyatukan jenama 5pb. menjadi Mages. [5]
Pada Mac 2020, Colopl memperoleh Mages daripada Chiyomaru Studio dengan harga ¥1.612 bilion (kira-kira AS$14.92 juta). [6]
Sebelum ini dipanggil 5pb. Records, sejak 2019 jenama ini tidak wujud lagi, dengan jenama Mages menjadi satu-satunya jenama yang digunakan untuk kesemua urusan.
5pb. Games adalah bahagian Mages, yang menguruskan hal pembangunan permainan video . Jenama itu pada asalnya dinamakan Five Games Kid, atau ringkasnya 5gk., tetapi nama itu ditukar pada Disember 2007 untuk berpadanan dengan nama label rekod 5pb., 5pb. Records. Sebahagian daripada pembangun 5pb. Games tiba dari KID, Tonkin House dan Scitron, seperti Takeshi Abo pada Disember 2006. Sejak 2019, jenama 5pb. Games tidak lagi digunakan, dengan jenama Mages menjadi satu-satunya jenama yang digunakan untuk segala urusan berkaitan.
Tahun[a] | Judul | Platform |
---|---|---|
2007 | Que: Fairy of Ancient Leaf | PS2 |
Memories Off 5: Encore | PS2, PSP | |
Umishō | PS2 | |
2008 | Your Memories Off: Girl's Style | PS2, PSP |
Night Wizard! The Video Game: Denial of the World | PS2 | |
Prism Ark: Awake | ||
Chaos;Head | Windows | |
Memories Off | PSP | |
Memories Off 2nd | ||
Ghost Hound DS | DS | |
Kanokon Esuii | PS2 | |
L no Kisetsu 2: Invisible Memories | ||
Memories Off: Sorekara | PSP | |
Omoide ni Kanata Kimi: Memories Off | ||
Memories Off 6: T-wave | PS2, iOS, PSP, X360 | |
Monochrome Factor: Cross Road | PS2 | |
2009 | Memories Off 5: Togireta Film | PSP |
Oretachi ni Tsubasa wa Nai | PS3, PS Vita, Windows | |
DoDonPachi DaiOuJou Black Label Extra | X360 | |
Kemeko Deluxe! DS: Yome to Mecha to Otoko to Onna | DS | |
KimokawaE! | ||
11eyes CrossOver | X360, PSP, iOS | |
Chaos;Head Noah | X360, PS3, PSP, iOS, Android, PS Vita | |
Hakushaku to Yōsei: Yume to Kizuna ni Omoi o Hasete | PS2 | |
Hyakko: Yorozuya Jikenbo! | ||
Skip Beat! | ||
Memories Off After Rain | PSP | |
Lucian Bee's: Resurrection Supernova | ||
Memories Off 6: Next Relation | PS2, X360, PSP | |
Item Getter: Bokura no Kagaku to Mahō no Kankei | DS | |
Steins;Gate | X360, PS3, Windows, PSP, iOS, PS Vita, Android, PS4 | |
Taishō Baseball Girls | PSP | |
L no Kisetsu W pocket | ||
Tayutama: Kiss on my Deity | X360 | |
2010 | Chaos;Head Love Chu Chu! | X360, PS3, PSP, PS Vita |
Ketsui: Kizuna Jigoku Tachi Extra | X360 | |
Lucian Bee's: Evil Violet | PS2, PSP | |
Lucian Bee's: Justice Yellow | ||
W.L.O. Sekai Renai Kikō | X360 | |
Memories Off: Yubikiri no Kioku | ||
Corpse Party | PSP, iOS, 3DS, PS4, Switch, XONE | |
Sharin no Kuni: The Girl Among the Sunflowers | X360 | |
Lucian Bee's: Resurrection Supernova | PSP | |
Pastel Chime Continue | ||
2011 | Bullet Soul | X360 |
Memories Off: Yubikiri no Kioku | Windows, PSP | |
Phantom Breaker | X360 | |
Steins;Gate: My Darling's Embrace | X360, PS3, PSP, PS Vita, PS4, Switch, iOS | |
Dunamis 15 | X360, PS3, PSP | |
Corpse Party: Book of Shadows | PSP | |
Steins;Gate: Variant Space Octet | Windows | |
Muv-Luv | X360, PS3, PS Vita | |
Muv-Luv Alternative | ||
Ever 17 | X360 | |
Beyond the Future: Fix the Time Arrows | PS3, PSP | |
2012 | Robotics;Notes | PS3, X360 |
Corpse Party: Sachiko’s Game of Love Hysteric Birthday 2U | PSP | |
Bravely Default[b] | 3DS | |
2013 | Phantom Breaker: Battle Grounds | X360, PS Vita, Windows |
Steins;Gate: Linear Bounded Phenogram | PS3, X360, PS Vita, iOS, PS4, Switch | |
Haiyore! Nyaruko-san Meijoshigatai Game no Yona Mono | PS Vita | |
Ketsui: Kizuna Jigoku Tachi Extra | PS3 | |
Disorder 6 | PS3, X360 | |
Phantom Breaker: Extra | ||
Hero X Battle Princess | PS3 | |
Eiyuu*Senki | ||
Liberation Maiden Sin | PS3 | |
2014 | Bullet Soul Infinite Burst | X360 |
Corpse Party: Blood Drive | PS Vita | |
Robotics;Notes Elite | PS Vita, PS4, Switch, Windows | |
Chaos;Child[7] | XONE, PS3, PS4, PS Vita, iOS, Windows, Android | |
Infinite Stratos: Versus Colors | Windows | |
2015 | Psycho-Pass: Mandatory Happiness | XONE, PS4, PS Vita, Windows |
Phantom Breaker: Battle Grounds Overdrive | PS4, Switch | |
Steins;Gate 0[8] | PS3, PS4, PS Vita, XONE, Switch, Windows | |
2016 | If My Heart Had Wings: Cruise Sign | PS3, PS Vita |
Plastic Memories[9] | PS Vita | |
2017 | New Game! The Challenge Stage[10] | PS4, PS Vita |
Occultic;Nine[11] | PS4, PS Vita, XONE | |
Chaos;Child Love Chu Chu!! | PS4, PS Vita | |
YU-NO: A Girl Who Chants Love at the Bound of this World | PS4, PS Vita, Switch, Windows | |
KonoSuba: God's Blessing on this Wonderful World! Judgment on this Greedy Game! | ||
2018 | Steins;Gate Elite | PS4, PS Vita, Switch, Windows, iOS |
2019 | Judgement 7 - Our World is Ended | PS4, Switch |
Robotics;Notes DaSH | PS4, Switch, Windows | |
2020 | Ogre Tale | PS4, XONE, Switch, Windows |
KonoSuba: God’s Blessing on this Wonderful World! Love for this Tempting Attire | PS4, Switch | |
2021 | Memories Off Historia Vol. 1 | |
Memories Off Historia Vol. 2 | ||
Quintessential Quintuplets ∬: Summer Memories | ||
SINce Memories: Off the Starry Sky | PS4, Switch, Windows | |
Famicom Detective Club: The Missing Heir | Switch | |
Famicom Detective Club: The Girl Who Stands Behind | ||
Miyamoto Mathematics Classroom KENKEN - The World's Most Exciting Math and Logic Puzzle - | ||
TIMINGooo![12] | ||
Yuru Camp△: Have a nice day! | PS4, Switch | |
2022 | Phantom Breaker: Omnia | PS4, XONE, Switch, Windows |
The Quintessential Quintuplets Movie: Five Memories of My Time with You | PS4, Switch | |
Anonymous;Code[13] | ||
2023 | Summer Time Rendering: Another Horizon[14][15] | |
TBA | Mystereet ~Yasogami Kaoru no Chousen!~[16] | PS4, XONE, XSXS |
Steins;Gate 0 Elite | TBA | |
Steins;??? |
Chiyo St. Inc., menjalankan perniagaan sebagai Chiyomaru Studio (千代丸スタジオ , Chiyomaru Sutajio) , adalah studio konsep multimedia yang diketuai oleh Chiyomaru Shikura, [17] wakil pengarah dan presiden Mages. [18] Syarikat ini yang pada asalnya dinamakan Chrome Edge (クロウムエッジ , Kuroumu Ejji) , diasaskan secara berasingan daripada Mages untuk tujuan mengurus hak cipta kepada projek media yang diusahakan Shikura, termasuk francais Science Adventure dan siri novel Occultic;Nine, dan untuk mencipta cerita untuk digunakan dalam pelbagai media. [17] Pada Julai 2019, Chiyomaru Studio membuat pembelian pengurusan Mages, memperoleh semua saham yang dipegang oleh bekas syarikat induknya Dwango; [5] pada tahun berikutnya, Chiyomaru Studio menjual semua saham Mages kepada Colopl. [6]
Walaupun kerja konsep dilakukan oleh Chiyomaru Studio, mereka bekerjasama dengan Mages untuk membangunkan permainan video menggunakan konsep-konsep tersebut, dan juga dengan Kadokawa Corporation untuk mencetak buku dan menghasilkan anime dan manga. [17] Studio ini juga disertai kakitangan dari Mages, yang berkomunikasi melalui pemesejan segera ; setakat 2015, Shikura adalah satu-satunya kakitangan di lokasi. [19]
Harta intelek baharu pertama yang dibangunkan oleh Chiyomaru Studio, bukan berdasarkan karya Shikura sebelum ini, adalah permainan video Anonymous;Code, yang dibangunkan bersama dengan bahagian permainan video Mages, 5pb. Games, [20] [21] dan sekali bersama dengan Occultic;Nine, sebahagian francais media yang tajuk kerjanya dikenali sebagai Science Visual Novel . [22] [23] Chiyomaru Studio juga telah membangunkan permainan Science Adventure iaitu Robotics;Notes DaSH . [24] Sejak 2017, studio itu menganjurkan acara muzik secara langsung di mana mereka turut mengumumkan kemas kini mengenai projek media mereka, yang dipanggil "Chiyo-ST Live". [25] [26]
<ref>
tidak sah, nama "buyout 2019" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
<ref>
tidak sah, nama "colopl acquires" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
<ref>
tidak sah, nama "shikura fam interview 201503" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan