Lightyear | |
---|---|
Pengarah | Angus MacLane |
Penulis | Pete Docter[1] |
Berdasarkan | Buzz Lightyear oleh John Lasseter |
Dihasilkan oleh | Galyn Susman |
Dibintangi | Chris Evans |
Diedarkan oleh | Walt Disney Studios Motion Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 109 minutes |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Lightyear ialah sebuah filem animasi komputer pengembaraan aksi cereka sains Amerika yang dihasilkan oleh Pixar Animation Studios dan Walt Disney Pictures. Ia filem ranting dari siri Toy Story oleh Pixar yang bertujuan sebagai cerita asal watak manusia rekaan Buzz Lightyear yang memberi inspirasi kepada figura aksi senama. Ia diarahkan oleh Angus MacLane dalam arahan sulungnya dan dibintangi suara Chris Evans sebagai watak utama.
Lightyear dijadualkan diterbitkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures pada 17 Jun 2022.
Lightyear berkisar kononnya tentang asal-usul watak figura Buzz Lightyear, watak yang ditunjukkan dalam siri Toy Story.[2]
Pembangunan pada Lightyear bermula selepas menyelesaikan karya dalam sekuel Finding Nemo (2003) iaitu Finding Dory (2016). Selepas Angus MacLane mengarahkan Dory, dia dibenarkan untuk mencadangkan idea untuk membuat filem bagi watak Buzz Lightyear, sentiasa tertanya-tanya apakah filem yang Andy Davis tonton dalam filem asal Toy Story (1995) sehingga berminat dengan patung aksi Buzz Lightyear. MacLane yang minat terhadap cereka sains telah berasa tertarik dengan watak Lightyear sejak dia mula bekerja di Pixar Animation Studios, merasakan bahawa cerita filem itu sangat "peribadi" untuknya. Satu aspek yang terdapat dalam filem Toy Story bahawa penerokaan Lightyear ialah percanggahan pendapat Buzz tentang sifat realiti, yang ditambah pula dengan cita-cita heroiknya, menghasilkan gabungan klise sci-fi yang MacLane bertujuan untuk dibuat yang bukan sekadar digunakan sebagai kata pikat atau dialog penting.[4]
Pada Mei 2019, semasa rakaman siaran rancangan The Ellen DeGeneres Show, Tim Allen yang menyuarakan Lightyear dalam filem-filem itu berkata bahawa Toy Story 4 (2019) akan menjadi filem terakhir dalam siri francais itu,[5] tetapi penerbit Mark Nielsen mendedahkan kemungkinan filem kelima, kerana Pixar tidak menolak kemungkinan itu.[6] Annie Pottsyang menyuarakan Bo Peep, berkata bahawa dia percaya ramai peminat akan berminat untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh mainan itu pada masa hadapan.[7] Pada bulan Februari, Allen menyatakan minat untuk membuat filem lain kerana dia "tidak nampak apa-apa sebab mengapa mereka tidak akan melakukannya".[8]
Pada Disember 2020, Lightyear diumumkan sebagai filem cerita ranting yang menggambarkan asal usul dalam dunia Buzz Lightyear manusia, di mana Chris Evans menjadi pelakon suara watak.[3] Pada 27 Oktober 2021, ketua pegawai kreatif Pixar Pete Docter diumumkan sebagai penulis; beliau sebelum ini adalah seorang penulis cerita untuk Toy Story dan Toy Story 2 (1999).[1]
Chris Evans diumumkan telah berlakon sebagai Buzz Lightyear selepas pengumuman projek itu pada Disember 2020, mengambil alih peranan yang dimainkan oleh Tim Allen sebelum ini. Evans ialah pilihan pertama MacLane dan krew untuk Buzz. Dia melawat pejabat Pixar suatu hari dan mereka mengemukakan projek itu kepadanya semasa lawatan. Evans menerima tawaran itu dengan segera, memandangkan kecintaannya terhadap animasi itu.[4]
Lightyear dijadualkan penayangannya di Amerika Syarikat pada 17 Jun 2022.[3]
Pemaparan watak Alisha yang berpasangan dan berkeluarga sejenis dalam filem ini yang termasuk dalam perkara tabu setempat mendorong pendekatan berbeza mengikut budi bicara lembaga negara serantau yang menapis atau dari pengedar sendiri: Walt Disney tidak memperoleh izin penayangan filem ini di Indonesia dan Malaysia:[9] syarikat tersebut dikhabarkan hanya menawarkan edaran filem ini "seadanya" (as-is) tanpa sebarang potongan yang ditolak badan-badan penapisan kedua-dua negara itu sebelum memutuskan tidak meneruskan lanjut proses pengedaran filem ini.[10] Penguasa Pembangunan Infokom Media di Singapura pula memberi pengelasan NC-16 yang mengehadkan filem ini untuk tontonan orang dewasa atas umur itu sahaja.[11]
Filem |
| |
---|---|---|
Watak |
| |
Televisyen |
| |
Permainan video |
| |
Filem pendek |
| |
Tarikan |
| |
Muzik |
| |
Serba aneka |
| |
|
Templat:Disney theatrical animated features
Filem pilihan |
| ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Filem pendek |
| ||||||||
Rancangan televisyen khas |
| ||||||||
Francais |
| ||||||||
Penerbitan berkaitan |
| ||||||||
Dokumentari |
| ||||||||
Produk |
| ||||||||
Orang | |||||||||
Lihat juga |
| ||||||||
|