Bandar Kuala Kubu Baharu
Kuala Kubu Bharu
Kuala Kubu Bharu
Geografi
StatusBandar
Asal namaKuala Kubu
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Hulu Selangor
MukimAmpang Pechah
Keluasan177 hektar

Kuala Kubu Bharu ialah bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak di atas puncak bukit. Ia ialah ibu daerah Hulu Selangor. Di kalangan penduduknya, Kuala Kubu Bharu juga dikenali dengan singkatan KKB.

Sejarah

Kuala Kubu Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai Kuala Kubu diletakkan di dalam Pentadbiran Residen-Residen British yang pertama iaitu Presiden Frank Athelstane Swettenham, diikuti oleh J.P Rodger dan Edward Maxwell. Pada masa itu, Kuala Kubu menjadi pintu masuk ke Negeri Pahang. Oleh kerana banjir besar yang melanda, pihak British telah memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Kuala Kubu Bharu pada 6 Mei 1931.

Pada tahun 1975, tertubuhnya Majlis Daerah Hulu Selangor yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan membuat perubahan di dalam kawasan jagaannya terutama Kuala Kubu Bharu. Banyak perubahan dan pengubahsuaian telah dilakukan dari semasa ke semasa untuk keselesaan dan kemudahan penduduk. Pekan Kuala Kubu Bharu yang dahulunya sunyi kini bertukar corak menjadi pekan yang ceria, bersih dan indah dengan landskap yang menyejukkan mata memandang. Pada tanggal 15 Januari 1994, Pejabat Pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Hulu Selangor) yang dahulunya terletak di bekas Pasar Lama di dalam pekan Kuala Kubu Bharu juga telah bertukar ke kawasan yang lebih luas dan selesa. Pejabat tersebut yang bertempat di Jalan Bukit Kerajaan telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Haji Muhammad Haji Muhd Taib, Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Lokasi

Kuala Kubu Bharu terletak di bahagian timur laut negeri Selangor iaitu kira-kira 21 kilometer dari Tanjung Malim, Perak dan 66 kilometer dari Kuala Lumpur melalui Jalan Kuala Lumpur-Rawang-Tanjung Malim . Bandar ini juga berhubungkan ke Bukit Fraser dan Kuala Lipis melalui Jalan Pahang . Dari Lebuhraya Utara-Selatan E1 Tabliczka AH2.svg AH2 melalui susur keluar Tanjung Malim EXIT 121.

Ekonomi dan pelancongan

Pusat pelancongan Bukit Fraser mempunyai impak yang baik kepada kegiatan ekonomi Kuala Kubu Bharu menjadikan sebagai lokasi untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan kerana aktiviti perniagaan di Bukit Fraser adalah terhad dan tidak mempunyai kepelbagaian pilihan. Antara aktiviti perniagaan yang menjadi pemintaan yang tinggi adalah perniagaan runcit dan perkhidmatan.

Senarai tempat perlancongan di sekitar Kuala Kubu Bharu:

Pengangkutan awam

Perhentian Bas Dan Teksi Kuala Kubu Bharu merupakan terminal utama bas dan teksi bersebelahan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pejabat Telekom Malaysia (TM). Laluan bas di Kuala Kubu Bharu menghubungkan ke bandar-bandar tertentu iaitu Rasa, Bukit Sentosa dan Tanjung Malim. Stesen Kereta Api Kuala Kubu Bharu menggunakan perkhidmatan Kereta Api Komuter menghubungkan bandar-bandar utama sekitar Lembah Klang.

Rujukan

Pautan luar


Pautan Luar

[1]Keunikan sejarah dan alam