Kgalema Motlanthe | |
---|---|
Presiden Afrika Selatan | |
Dalam jawatan 25 September 2008 – 9 Mei 2009 | |
Didahului oleh | Thabo Mbeki |
Timbalan Presiden Kongres Kebangsaan Afrika | |
Memegang jawatan 2007 | |
Didahului oleh | Jacob Zuma |
Setiausaha Agung Kongres Kebangsaan Afrika | |
Dalam jawatan 1997–2007 | |
Didahului oleh | Cyril Ramaphosa |
Digantikan oleh | Gwede Mantashe |
Ahli Parlimen | |
Memegang jawatan 20 Mei 2008[1] | |
Didahului oleh | Zipporah Noisey Nawa |
Butiran peribadi | |
Lahir | Alexandra, Johannesburg, Afrika Selatan | 19 Julai 1949
Parti politik | Kongres Kebangsaan Afrika |
Kgalema Petrus Motlanthe[2] (ˈxɑ.lɪ.mɑ mʊ.ˈtɬ’ɑ.n.tʰɛ (lahir 19 Julai 1949) merupakan Presiden Afrika Selatan dan Timbalan Presiden parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika (ANC). Beliau merupakan bekas ahli kesatuan perdagangan, Ahli Parlimen (kemudian Menteri tanpa Portfolio) dan ahli sayap ketenteraan ANC Umkhonto we Sizwe.[3] Beliau telah dilantik menjadi presiden pada 25 September 2008 oleh parlimen berikutan perletakan jawatan Presiden Thabo Mbeki oleh ANC dengan 269 undi daripada 361 jumlah pengundi.[4]
Motlanthe, seorang cendikiawan berhaluan kiri, dilihat sebagai seorang ahli politik berkemahiran tinggi dan merupakan dalang di sebalik puak Zuma di dalam ANC.[5][6]
Motlanthe lahir pada tahun 1949 di pekan Alexandra, Johannesburg; ayahnya seorang pekerja lombong.[7]
Pada 14 April 1976 beliau telah ditangkap kerana mengedar risalah ANCm beliau dipenjarakan selama 11 bulan di John Vorster Square di pertengahan Johannesburg. Dalam tahun 1977 beliau telah didapati bersalah di atas tiga tuduhan di bawah Akta Keganasan dan dijatuhkan 10 tahun penjara di Pulau Robben dari tahun 1977 hingga 1987[8][9]
Tidak lama selepas daripada pembebasannya, beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Lombong Kebangsaan, dan dalam tahun 1997 beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Agung ANC, menggantikan Cyril Ramaphosa.[7] Belaiu berkahwin dan dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki..[8]Dalam tahun-tahun 1970an, semasa bekerja untuk Majlis Bandaraya Johannesburg, beliau telah direkrut ke dalam Umkhonto we Sizwe. Beliau telah membentuk sebahagian daripada unit yang ditugaskan untuk merekrut kader-kader bagi latihan ketenteraan.[10] Motlanthe merupakan seorang bekas aktivis pelajar, seorang ahli kesatuan pedagang dan seorang bekas askar di dalam bahagian ketenteraan ANC yang dibubarkan.[11]
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Cyril Ramaphosa |
Setiausaha Agung Kongres Kebangsaan Afrika 1997 – 2007 |
Diikuti oleh: Gwede Mantashe |
Didahului oleh Jacob Zuma |
Timbalan Presiden Kongres Kebangsaan Afrika 2007 – kini |
Diikuti oleh: Penyandang |
Didahului oleh Ivy Matsepe-Casaburri Acting[1][2] |
Presiden Afrika Selatan 2008 – kini |
Diikuti oleh: Penyandang |