Kerajaan Hawaiʻi ditubuhkan pada 1795 hasil penggabungan pulau-pulau Hawaiʻi, Oʻahu, Maui, Molokaʻi dan Lānaʻi di bawah suatu kerajaan. Keseluruhan Kepulauan Hawaii disatukan pada tahun 1810 selepas Kauaʻi dan Niʻihau menyertai Kerajaan tersebut tanpa sebarang pertumpahan darah.
Kerajaan ini diperintah dua dinasti iaitu Wangsa Kamehameha dan Wangsa Kalākaua.
Faktor ekonomi dan demografi banyak merubah wajah kepulauan ini secara drastiknya pada kurun ke-19. Perdagangan kayu cendana dengan Empayar Qing di bawah pemerintahan Kamehameha I (1810-1819) misalnya membawa kepada pengenalan konsep perdagangan dan duit kepada keseluruhan masyarakat kepulauan tersebut.
Mubaligh-mubaligh Kristian dari Amerika Syarikat banyak membawa penduduk Hawaii menganut ajaran Kristian, para mubaligh tersebut lama-kelamaan menjadi suatu kelompok elit yang berpengaruh melalui penjawatan mereka dalam pejabat kerajaan serta kelas-kelas pedagang dan pakar di kota-kota.[11]
Siler, Julia Flynn. Lost Kingdom: Hawaii's Last Queen, the Sugar Kings and America's First Imperial Adventure (2012).
Silva, Noenoe K. The Power of the Steel-Tipped Pen: Reconstructing Native Hawaiian Intellectual History. Durham, NC: University of North Carolina Press, 2017.
Sumida, Stephen H. And the View from the Shore: Literary Traditions of Hawai'i. Seattle: University of Washington Press, 2015.
Tregaskis, Richard. The warrior king: Hawaii's Kamehameha the Great (1973).
Wilson, Rob. "Exporting Christian Transcendentalism, Importing Hawaiian Sugar: The Trans-Americanization of Hawai'i." American Literature 72#.3 (2000): 521-552. online
Wyndette, Olive. Islands of Destiny: A History of Hawaii (1968).