Keadilan Ilahi | |
---|---|
Pengarah | K. M. Basker |
Lakon layar | K. M. Basker |
Dibintangi | Yusof Latiff Saadiah S. Kadarisman Ahmad C |
Sinematografi | Hitam Putih |
Muzik oleh | Osman Ahmad |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 105 Minit |
Negara | ![]() ![]() |
Bahasa | Melayu |
Keadilan Ilahi ialah sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada tahun 1956. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem ini diarahkan oleh K. M. Basker pada 1956
Sultan Abdul Muluk seorang Sultan yang alim dan warak. Beliau sangat berpegang teguh pada ajaran Islam. Beliau memerintah dengan aman di negeri Darul Makmur. Namun begitu, kehilangan anak-anak gadis tanpa dikesan menyebabkan negeri yang diperintah beliau menjadi huru hara.
Oleh itu Sultan Abdul Muluk mengambil keputusan untuk mengembara seorang diri untuk menyiasat misteri kehilangan anak-anak gadis di negerinya. Di dalam perjalanan, beliau bertemu Din yang juga sedang mencari tunangnya yang ghaib secara tiba-tiba.
Pelbagai ujian dan kesukaran yang dihadapi oleh mereka berdua dalam perjalanan itu sehinggalah mereka bertemu dengan Malaun (Raja Sihir Di Dalam Dunia) iaitu yang menjadi punca kehilangan anak-anak gadis di negerinya