Karan Johar | |
---|---|
![]() Johar di Anugerah Filmfare ke-61 pada 2016 | |
Kelahiran | Rahul Kumar Johar[1] 25 Mei 1972 Bombay, Maharashtra, India |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, pereka kostum, pengacara televisyen |
Tahun aktif | 1998–kini |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa | Yash Johar Hiroo Johar |
Saudara | Yash Chopra (bapa saudara sebelah ibu) |
Tandatangan | |
![]() |
Karan Kumar Johar (lahir Rahul Kumar Johar, 25 Mei 1972),[1] atau dirujuk sebagai KJo,[2] ialah seorang pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, pereka kostum, dan pengacara televisyen India yang bekerja di filem Hindi.[3] Beliau ialah anak kepada Hiroo Johar dan Yash Johar.[4][5]
Johar mula menduduki kerusi pengarah menerusi filem drama romantik Kuch Kuch Hota Hai (1998), yang memperolehi beliau Anugerah Filmfare untuk Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. Dua filem beliau seterusnya ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham... (2001) dan Kabhi Alvida Naa Kehna (2006), yang kedua-duanya amat berjaya di pasaran luar negara. Drama sosialnya My Name Is Khan (2010) memperoleh beliau, Anugerah Filmfare untuk Pengarah Terbaik kedua. Filem thriler pengintip 2018 Raazi memenangi Anugerah Filmfare untuk Filem Terbaik. Ini, bersama-sama dengan beberapa filem yang berjaya, beliau terbitkan di bawah Dharma Productions, telah menjadikannya sebagai salah seorang pengarah-penerbit terulung di pawagam Hindi.
Johar juga berjaya menceburi bidang hiburan industri lain. Beliau menjadi pengacara rancangan bual bicara televisyen, Koffee with Karan, dan rancangan radio Calling Karan, dan muncul sebagai juri untuk rancangan realiti pertandingan Jhalak Dikhhla Jaa, India's Got Talent, India's Next Superstars.
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1989 | Indradhanush | Srikanth | Siri televisyen |
1995 | Dilwale Dulhania Le Jayenge | Rocky | Pembantu pengarah |
2003 | Kal Ho Naa Ho | Pelanggan di kafe (tidak dikreditkan) | |
2005 | Home Delivery: Aapko... Ghar Tak | Dirinya sendiri (kameo) | |
2006 | Alag | Kameo dalam lagu "Sabse Alag" | |
2007 | Salaam-e-Ishq | Dirinya sendiri (suara) | |
2007 | Om Shanti Om | Dirinya sendiri (kameo) | |
2008 | C Kkompany | Dirinya sendiri (kameo) | |
Fashion | Dirinya sendiri (kameo) | ||
2009 | Luck By Chance | Dirinya sendiri (kameo) | |
2014 | Hasee Toh Phasee | Klien | |
2015 | Bombay Velvet | Kaizad Khambatta | Filem cereka pertama |
2015 | Shaandaar | Dirinya sendiri (kameo)[6] | |
2018 | Welcome to New York | Karan/Arjun |
Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|
Koffee with Karan | Hos | |
Jhalak Dikhhla Jaa | Judge | Colors TV |
India's Got Talent | ||
India's Next Superstars | Star Plus | |
Dil Hai Hindustani |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Karan Johar |