Kapal selam peluru berpandu balistik adalah sebuah kapal selam yang dilengkapkan dengan peluru berpandu balistik. Peluru berpandu jenis ini juga dikenali sebagai peluru berpandu balistik lancaran kapal selam atau SLBM. SSBN pula merupakan simbol pengelasan badan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat untuk sebarang kapal selam berkuasa nuklear yang membawa peluru berpandu balistik.[1] Huruf SS mewakili Submersible Ship, B pula merujuk pada Ballistic missile, dan N Nuclear powered.
Kapal selam peluru berpandu balistik adalah lebih besar daripada mana-mana kapal selam dari jenis yang lain. Ini kerana ia perlu menempatkan SLBM. Antara jenis peluru berpandu balistik yang dibawa adalah R-29 buatan Rusia atau Trident buatan Amerika Syarikat. Meskipun kapal selam model-model awal harus timbul ke permukaan bagi melancarkan peluru berpandu balistik, kapal selam moden biasanya melancarkan peluru berpandu ini pada kedalaman lunasnya, biasanya kurang daripada 50 meter (164 kaki).
|dateformat=
ignored (bantuan)
Kapal selam kelas-kelas SSBN dalam perkhidmatan aktif | |
---|---|
Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat | |
Tentera Laut Perancis | |
Tentera Laut Rusia | |
Tentera Laut Amerika Syarikat | |
Tentera Laut Diraja |