"Sunglasses to Uchiakebanashi (Type-A, Type-B, Type-C) Doshaburi no Seishun no Naka de (Type-A, Teater) Omowase Kousen (Type-B, Teater) Mou Hadashi ni Hanarenai (Type-C) Toki wa Katari Hajimeru (Teater)"
Kamonegikkusu (カモネギックスcode: ja is deprecated ) atau Kamonegix adalah single ke-8 oleh kumpulan gadis idola Jepun NMB48, telah dipasarkan di Jepun pada 2 Oktober 2013.
Single ini akan dipasarkan selepas 4 bulan single ke-7 Bokura no Eureka dipasarkan. Seperti single sebelumnya, single ini juga mempunyai 4 edisi: Type-A, Type-B, Type-C dan Edisi Teater. Nama judul single ini, "Kamonegikkusu" telah diambil daripada bahan utama dari sup Kamonabe iaitu daging itik (kamo) dan daun bawang (negi). Ia juga tercipta peribahasa Jepun, Seekor itik membawa daun bawang akhirnya dimasak jua. Perkataan kamo (鴨) juga bermaksud orang yang mudah dijadikan mangsa penipuan atau bertindak kejahatan.
Menurut Yamamoto Sayaka, lagu "Kamonegikkusu" adalah lagu yang berkisah tentang seorang gadis yang malang, liriknya menceritakan tentang "gadis yang sudah tahu dirinya hanya sedang dipermainkan (bagaikan itik datang membawa daun bawang), namun masih juga jatuh cinta kepada lelaki itu."
Pengumuman single ke-8 NMB48 telah diumumkan di konsert NMB48 Mezamashi Live 19 August 2013 pada festival musim panas Fuji Television United States of Odaiba di Odaiba, Tokyo. Pada pengumuman tersebut, 2 Oktober 2013 ditetapkan sebagai tarikh keluaran single ke-8 NMB48 , namun judul single belum diumumkan. "Kamonegikkusu" sebagai judul single ke-8 NMB48 baru diumumkan sebelum lagu ini dinyanyikan untuk pertama kalinya di khyalak ramai pada persembahan "Stage Unit Team N - Dareka no Tame ni" pada 2 September 2013. Persembahan teater hari itu sekaligus merupakan penampilan pertama Ichikawa Miori di atas pentas Teater NMB48 sejak dilantik sebagai anggota Team N NMB48 juga merangkap anggota Team B AKB48 pada 28 April 2013.
Kadowaki Kanako kembali dipilih sebagai anggota senbatsu setelah kali terakhir sebagai senbatsu selama 11 bulan dalam single "Kitagawa Kenji". Hampir kesemua anggota senbatsu pada single sebelumnya menyertai anggota senbatsu dalam single ini kecuali Shimada Rena tidak menyertai sebagai anggota senbatsu pada single kali ini.
Team N: Kishino Rika, Kinoshita Haruna, Nishimura Aika, Yamamoto Sayaka
Team M: Murakami Ayaka, Yamagishi Natsumi, Yamada Nana, Okita Ayaka
Team BII: Ijiri Anna, Ueda Mirei, Kamieda Emika
Kenkyuusei: Nakagawa Hiromi
Nishimura, Ijiri, Ueda, dan Nakagawa pertama kali menyertai sebagai anggota unit Shirogumi, sementara Okita ditukarkan ke unit Akagumi. Anggota Shirogumi pada single sebelumnya, Azuma Yuki tidak terpilih sebagai anggota Shirogumi dalam single ini.
Team N: Kondo Rina, Yamaguchi Yuuki, Watanabe Miyuki
Team M: Kawakami Rena, Kinoshita Momoka, Shimada Rena, Mita Mao, Yagura Fuuko
Team BII: Ota Yuuri, Kushiro Rina
Kenkyuusei: Odan Mai, Yamao Rina
Ota, Kushiro, Odan, dan Yamao pertama kalinya menyertai sebagai anggota unit Akagumi, sementara Yamaguchi ditukarkan ke unit Shirogumi. Shimada kembali terpilih sebagai anggota Akagumi setelah kali terakhir dalam single ke-6 selama 11 bulan. Anggota Akagumi dari single ke-7, Koga Narumi dan Kurokawa Hazuki tidak terpilih sebagai anggota Akagumi dalam single ini.