Kalam (Jawi: قلم , serapan Arab: قَلَم, rumi: qalam meminjam perkataan Yunani Purba κάλαμος kálamos)[1][2] ialah sejenis alat tulis yang dibuat dari batang tumbuhan keras seperti tangkai gelagah, buluh, daun pelepah pokok atau rumput yang dipotong dan diraut.
Tamadun-tamadun purba seperti di Mesopotamia dan Sumer menggunakan batang kalam ini untuk menulis catatan secara menekan pada papan tanah liat meninggalkan tanda seakan paku dengan makna khusus.[3]
Bahan ini mula diperkenalkan dalam masyarakat alam Melayu seiring alat bersurat lain seperti kertas dan dakwat dengan tersebarnya ajaran Islam dari Timur Tengah.[4]
Kalam digunakan dalam kalangan masyarakat didatangkan dari dua bahan sama ada dari batang resam mahupun dari daun pelepah enau atau kabung.[2][4][5] Kalam batang resam lebih digemari berbanding kalam kabung kerana sifat batang resam yang kukuh tapi murah diraut halus serta banyak ditemukan di mana-mana tempat berbanding pokok kabung yang keras dan lebih didapati di kawasan hutan belukar.[5]