Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Jikey" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ogos 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Jikey (Jawi: جيکي) ialah salah satu daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah dan Perlis, Malaysia sekitar 60-an. Ia juga popular di selatan Thailand dan dikenali sebagai Likey dan popular di Satun dan Phuket.

Persembahan Jikey turut dipengaruhi oleh elemen kesenian yang terdapat dalam persembahan Mak Yong, Hadrah, Bangsawan dan Mek Mulung.

Tarian Jikey mempunyai bentuk tarian pementasan dan mempunyai dialog lucu, muzik dan tarian. Muzik jikey terdiri dari muzik dan muzik mengiringi nyanyian. Watak tertentu dalam drama jikey dikenali dengan unsur tertentu dalam muzik.

Alatan muzik Jikey biasanya terdiri daripada violin, 3 rebana, dan 2 cerik (ketuk buluh).

Sejarah Jikey

[sunting | sunting sumber]

Meskipun sejarah permulaan Jikey tidak diketahui secara tepat, namun ada beberapa pendapat atau teori yang telah dikemukakan. Secara umumnya, terdapat tiga keterangan mengenai sejarah permulaan Jikey iaitu:-

Ketiga-tiga keterangan atau teori di atas mempunyai satu motif yang sama iaitu bagaimana sekumpulan manusia terpaksa berlakon untuk mendapatkan wang.

Rujukan

[sunting | sunting sumber]