JR-Maglev, MLX01, di Yamanashi

JR-Maglev ialah sebuah kereta api Maglev yang dibangunkan oleh Syarikat Kereta Api Jepun Tengah dan Institut Kajian Teknikal Kereta Api (persatuan Kumpulan Kereta Api Jepun)/ JR-Maglev MLX01 (X bermaksud percubaan) adalah satu rekaan terkini kereta api Maglev yang masih berada dalam tahap pembangunan di Jepun sejak tahun 1970-an. Sistem ini mengandungi paling maksimum 5 gerabak yang bergerak di atas landasan ujian kereta api maglev yang dibina di Yamanashi. Pada 2 Disember 2003, sebuah sistem 3 gerabak berjaya mencapai kelajuan setinggi 581 km/j (361 batu sejam), iaitu rekod dunia bagi pengangkutan rel dengan pemanduan manusia semasa ujian dijalankan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat ((tunas)) ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.