Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Nathaniel Shio Hong Wan[1] | ||
Tarikh lahir | 17 Ogos 2000 | ||
Tempat lahir | Croydon, England[2] | ||
Ketinggian | 1.76 m (5 ka 9 in) | ||
Posisi permainan | Midfielder | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Johor Darul Ta'zim | ||
Nombor | 6 | ||
Kerjaya remaja | |||
–2017 | Charlton Athletic | ||
2017–2019 | Yeovil Town | ||
2019–2021 | Wolverhampton Wanderers | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2019–2021 | Wolverhampton Wanderers | 0 | (0) |
2020 | → Varaždin (pinjaman) | 0 | (0) |
2021– | Johor Darul Ta'zim | 30 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Julai 2023 |
Nathaniel Shio Hong Wan[nota 1] (Bahasa Cina: 温绍康 ; pinyin: Wēn Shàokāng; dilahirkan pada 17 Ogos 2000), atau lebih dikenali sebagai Hong Wan,[3] merupakan seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain selaku pemain tengah bagi sebuah pasukan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim.
Hong Wan merupakan anak kepada seorang ibu warga Malaysia dan seorang bapa warga China. Beliau dilahirkan di Croydon, England.[4][5] Ibu beliau berasal dari Tangkak, Johor, Malaysia[6] manakala bapanya dilahirkan di Beihai, Guangxi, China.[7]
Beliau mula bermain bola sepak ketika berusia dua setengah tahun[8] dan menyertai Charlton Athletic Academy pada usia enam tahun.[7]
Hong Wan merupakan hasil produk akademi Charlton Athletic[9] dan kemudiannya menyertai Yeovil Town pada tahun 2017. Beliau merupakan kapten pasukan bawah-18 Yeovil Town semasa berada di sana.[9] Namun, beliau gagal membuat penampilan bersama pasukan senior di peringkat liga.[4]
Pada tahun 2019, Hong Wan menandatangi kontrak bersama Wolverhampton Wanderers.[10] Pada bulan Julai 2019, beliau menyertai pasukan senior untuk bermain di dalam pertandingan persahabatan di China yang dinamakan Premier League Asia Trophy.[11] Hong Wan berjaya membuat dua penampilan setelah dibawa masuk dari bangku simpanan di dalam dua perlawanan menentang Newcastle United and Manchester City. Wolves berjaya menjuarai pertandingan tersebut setelah memenangi kedua-dua perlawanan tersebut.[12]
Pada awal tahun 2020, beliau dipinjamkan ke sebuah kelab Croatia, Varaždin, namun gagal membuat penampilan liga bersama skuad senior ekoran pandemik COVID-19. Beliau kemudiannya pulang ke Wolves empat bulan kemudian.[13][14] Walaupun gagal membuat sebarang penampilan senior di dalam Liga Perdana Inggeris bersama pasukan Wolves, beliau berjaya membuat 21 penampilan bersama pasukan bawah-23 dalam Premier League 2 Division 2 musim 2020-21.[15]
Pada 30 Jun 2021, Hong Wan menyertai sebuah pasukan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim melalui pemindahan percuma.[5] Beliau membuat debut liga bersama pasukan menentang Penang F.C., di mana Johor menang 1–0.[16]
Berdasarkan tempat kelahirannya dan asal ibu bapa, Hong Wan layak mewakili England, Malaysia dan China di peringkat antarabangsa.[17]
Pada bulan Mac 2022, beliau dipanggil untuk menyertai latihan skuad kebangsaan Malaysia bagi bersiap sedia menentang pasukan kebangsaan Filipina, Singapura dan Albirex Niigata Singapore.[18]
Bapa Hong Wan berpindah dari China ke England pada usia muda manakala ibunya berpindah ke England dari Malaysia pada usia dua puluhan untuk melanjutkan pelajarannya.[8]
Hong Wan menerima pasport dan kad pengenalan Malaysia pada tahun 2021 selepas menyertai Johor Darul Ta'zim.[19][20]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala Liga | Benua | Lain-lain | Jumlah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahagian | Kemunculan | Gol | Kemunculan | Gol | Kemunculan | Gol | Kemunculan | Gol | Kemunculan | Gol | Kemunculan | Gol | ||
Wolverhampton Wanderers B-21 | 2019–20 | — | — | — | — | — | 0 | 0 | 0 | 0 | ||||
2020–21 | — | — | — | — | — | 1[a] | 0 | 1 | 0 | |||||
Jumlah | — | — | — | — | 1 | 0 | 1 | 0 | ||||||
Johor Darul Ta'zim | 2021 | Liga Super Malaysia | 0 | 0 | — | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
2022 | Liga Super Malaysia | 13 | 0 | 6[b] | 0 | 4[c] | 0 | 4[d] | 0 | 1[e] | 0 | 28 | 0 | |
2023 | Liga Super Malaysia | 17 | 0 | 0 | 0 | 3[c] | 1 | 0 | 0 | — | 20 | 1 | ||
Jumlah | 30 | 0 | 6 | 0 | 7 | 1 | 4 | 0 | 1 | 0 | 48 | 1 | ||
Jumlah kerjaya | 30 | 0 | 6 | 0 | 7 | 1 | 4 | 0 | 2 | 0 | 49 | 1 |
Johor Darul Ta'zim
|access-date=
(bantuan)
[Nathaniel] is my English name but I don't tend to use that, I just use Hong.