Hijjaz
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreNasyid
Tahun aktif1997–kini
Syarikat rakaman
Telaga Biru
AhliIsman
Faizal
Arifin
Munif
Bekas ahli Salleh

Hijjaz merupakan kumpulan nasyid Malaysia, ditubuhkan pada 1 Ramadhan 1417 bersamaan 10 Januari 1997. Sebelum penubuhan Hijjaz, mereka pernah menganggotai kumpulan Nadamurni selama lebih 10 tahun.

Melalui syarikat Telaga Biru yang diterajui oleh Encik Waharp Yusoff ketika itu, Album sulung mereka mula diterbitkan secara komersil dan diedarkan oleh BMG Malaysia.

Sehingga kini, Hijjaz dikenali dengan lagu popular mereka seperti Sumayyah, Asmaul Husna, Rasulullah, Fatamorgana, Kau Sahabat Kau Teman, Pelita Hidup, Sunnah Orang Berjuang, Dia Kekasih Allah, Rabbi Sallimna, Berkorban Demi Cinta, Terima Kasih Segalanya dan banyak lagi.

Gaya penampilan yang eksklusif, Hijjaz mudah dikenali melalui pemakaian kopiah Hijjaz mereka yang cantik dan bercorak seperti mahkota.

Hijjaz juga menubuhkan syarikat pengurusan pertama mereka melalui Hijjaz Music Entertainment. Kumpulan ini juga telah melahirkan kumpulan-kumpulan nasyid terkenal tanah air seperti kumpulan Inteam, UNIC, Ae-man dan Mestica. Antara anak didik Hijjaz yang berjaya ialah Hafiz Hamidun, Fitri Haris, Fadzli Aziz yang ketiga-tiganya ialah bekas ahli UNIC dan Suhaimi Saad ialah bekas ahli Inteam.[1]

Melalui syarikat Hijjaz Records juga mereka telah menerbitkan berpuluh-puluh album nasyid, zikir dan selawat untuk pasaran seluruh negara melibatkan pelbagai artis.

Ahli kumpulan

Pada awal penubuhannya, kumpulan Hijjaz terdiri seramai 4 orang anggota iaitu :-

  1. Munif bin Ahmad (Munif Hijjaz/Putra Aiman)
  2. Isman Nadim bin Isam (Isman/Manis Helma/Manis Alia)
  3. Mohd Faizal bin Osman (Faizal/Abai Os)
  4. Mohd Salleh bin Ramli (Soleh)

Namun pada 15 Februari 2001, kumpulan Hijjaz telah kehilangan seorang anggota apabila Salleh bin Ramli telah pergi menghadap Ilahi. Bermula dari album Pelita Hidup III, kumpulan Hijjaz telah mengambil anggota baru dengan kemasukan Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim (Ariffin)

Diskografi

Album studio

Anugerah dan penghargaan

Pautan luar

  1. ^ Rodzan Madzalan (10 Jun 2017). Hijjaz tunai impian rai peminat Berita Harian. Dicapai pada 30 Oktober 2017.