Halsey | |
---|---|
Kelahiran | Ashley Nicolette Frangipane 29 September 1994 Edison, New Jersey, USA |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2012–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Laman sesawang | iamhalsey |
Ashley Nicolette Frangipane (/ˌfrændʒɪˈpɑːni/ FRAN-jih-PAH-nee;[2] lahir 29 September 1994) atau lebih terkenal sebagai Halsey (/ˈhɔːlzi/ HAWL-zee),[3] ialah penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat. Mendapat perhatian dari muzik yang dikeluarkan sendiri di platform media sosial, beliau mengikat kontrak bersama Astralwerks pada 2014 dan mengeluarkan EP sulungnya, Room 93, pada akhir tahun itu.
Halsey sejak itu memperoleh album nombor satu di Billboard 200 dengan Hopeless Fountain Kingdom (2017), serta dua album nombor dua dengan Badlands (2015) dan Manic (2020). Beliau telah memperoleh dua single nombor satu di Billboard Hot 100, termasuk "Closer", kolaborasi dengan The Chainsmokers, dan "Without Me"; beliau juga telah mencapai lima single teratas dengan "Bad at Love". Secara keseluruhan, Halsey telah menjual lebih dari satu juta album dan telah distrim lebih dari enam bilion kali di Amerika Syarikat.[4][5] Ketiga-tiga album studionya telah disokong oleh jelajah utama.
Halsey terkenal dengan suara nyanyiannya yang tersendiri.[6] Anugerah dan pencalonannya termasuk empat Anugerah Muzik Billboard, satu Anugerah Muzik Amerika, satu Anugerah Media GLAAD, tiga Rekod Dunia Guinness, satu Anugerah Muzik Video MTV dan dua pencalonan Anugerah Grammy. Di luar kerjayanya, beliau terlibat dalam kesedaran pencegahan bunuh diri, advokasi mangsa serangan seksual dan protes keadilan kaum.[7]
Tahun | Tajuk lagu | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2017 | "Now or Never" | Pengarah bersama | Arahan bersama Sing J Lee |
2017 | "Bad at Love" | Pengarah bersama | Arahan bersama Sing J Lee |
2018 | "Sorry" | Pengarah bersama | Arahan bersama Sing J Lee |
2018 | "Alone" (bersama Big Sean dan Stefflon Don) | Pengarah bersama | Arahan bersama Hannah Lux Davis |
2018 | "Strangers" (bersama Lauren Jauregui) | Pengarah bersama | Arahan bersama Jessie Hill |
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Teen Titans Go! To the Movies | Wonder Woman | Peranan suara |
2018 | A Star Is Born | Dirinya sendiri | Penampilan kameo |
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Roadies | Dirinya sendiri | Episodes: "The Load Out" dan "Carpet Season" |
2017 | American Dad! | Cindy | Peranan suara, Episod: "A Nice Night for a Drive" |
2018–2020 | Saturday Night Live | Diirinya sendiri (pemuzik/hos) | 3 episod[8] |
2018 | RuPaul's Drag Race[9] | Dirinya sendiri/juri tamu | Episod: "PharmaRusical" |
2018 | The Doctors[10] | Tetamu selebriti | Episod: "#10126" |
2018 | The Voice | Persembahan tamu/Penasihat tamu | Musim 14: Persembahan tamu Musim 15: Penasihat tamu untuk pasukan Jennifer/Persembahan tamu |
2020 | Scooby-Doo and Guess Who? | Dirinya sendiri | Episod: "The New York Underground!" |
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2019–2020 | Road to Manic | Dirinya sendiri | Siri web; 10 episod |
Utama
Undangan
Pembuka tirai
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Halsey |
Umum | |
---|---|
Perpustakaan negara | |
Lain-lain |