![]() | |
Pembangun | Google Inc. |
---|---|
Keluaran asal | 2 September 2008 |
Versi stabil terkini | Microsoft Windows 23.0.1271.91 OS X 23.0.1271.91 (26 November 2012 )[1] Android 21.0.1180.82 (24 September 2012 )[4] |
Versi tak stabil terkini | Beta 24.0.1312.5 (8 November 2012 )[5] Dev 25.0.1323.1 (12 November 2012 )[5] |
status pengembangan | Aktif |
Ditulis dalam | C++, assembly, Python, JavaScript |
Sistem pengendalian | Android (4.0 and later) iOS (4.3 or later) Linux OS X (10.6 and later) Windows (XP SP2 and later) |
Enjin | WebKit, V8 JavaScript engine |
Tersedia dalam | 50 bahasa |
Status pembangunan | Aktif |
Jenis | Pelayar web, pelayar web mudah alih |
Lesen | Freeware under Google Chrome Terms of Service[note 1] |
Laman sesawang | www |
Google Chrome ialah pelayar web keluaran Google yang menggunakan enjin susun atur dan kerangka aplikasi WebKit. Chrome julung kalinya dikeluarkan sebagai versi beta untuk Microsoft Windows pada 2 September 2008, disusuli keluaran stabil awamnya pada 11 Disember 2008. Namanya berasal dari bingkai antara muka pengguna grafik pelayar web yang dipanggil "krom". Tepat pada Januari 2012, Chrome ialah pelayar web kedua terbanyak penggunaannya, dengan mencatat 25-28% dari penggunaan pelayar web seluruh dunia.[6]
Chromium adalah projek sumber terbuka di sebalik Google Chrome dan dilepaskan atas kebenaran lesen BSD.[7] Ia melaksanakan himpunan ciri yang sama, tetapi mempunyai logo yang sedikit berbeza.[8]
Pengumuman keluaran pada mulanya telah dijadualkan pada 3 September 2008, dan satu komik oleh Scott McCloud telah dihantar ke para wartawan dan para penulis blog menerangkan ciri-ciri dan motivasi bagi pelayan web terbaru.[9] Salinan yang dibuat untuk Eropah telah dihantar dan penulis blog Jerman Philipp Lenssen dari Google Blogoscoped[10] telah membuat satu salinan imbasan yang mengandungi 38 muka surat di laman webnya selepas menerimanya pada 1 September 2008.[11] Seterusnya Google telah meletakkannya di laman web Google Books dan laman mereka[11] lalu menyatakannya dalam blog rasminya beserta penerangan untuk keluaran awal.[12]
Satu keluaran beta untuk Microsoft Windows telah dikeluarkan pada 2 September 2008 dalam 43 bahasa. Versi-versi Mac OS X dan Linux pula masih dalam peringkat pembangunan dan dijadualkan keluar tidak lama lagi.[13][14][15]
Pada 2 September, satu laporan berita CNET[16] menarik perhatian ramai terhadap serangkap terma perkhidmatan bagi keluaran beta awal, yang kelihatan memberi Google hak capaian kepada kesemua kandungan yang dipindahkan melalui pelayar Chrome. Petikan terbabit sebenarnya disalin dari terma-terma perkhidmatan am Google.[17] Pada hari yang sama, Google membalas kritikan itu dengan mengakui bahawa istilah-istilah yang dipakai adalah dipinjam dari produk lain, lalu memadam rangkap berkenaan dari Terma-Terma Perkhidmatannya.[18] Google menyatakan perubahan ini adalah untuk semua pengguna yang telah memuat turun Google Chrome.[19] Ada juga kebimbangan dan kekeliruan kalau-kalau adanya maklumat atau maklumat yang mana yang disalurkan balik ke Google. Pihak Google menyatakan[20] baahwa metrik penggunaan hanya dihantar apabila pengguna memilih untuk menanda pilihan "bantulah pertingkatkan Google Chrome dengan menghantar statistik penggunaan dan laporan keruntuhan perisian kepada Google secara automatik" apabila pelayar ini dipasang.[21]
Keluaran sulung Google Chrome lulus ujian Acid1 dan Acid2. Walaupun tidak lulus ujian Acid3, namun adalah memadai apabila mencatat markah 78/100, lebih tinggi berbanding pelayar Internet Explorer 7 (14) dan Firefox 3 (71), tetapi di belakang Opera (84).[22] Jika dibandingkan dengan binaan pembangun, Chrome lebih rendah markahnya berbanding Firefox (85), Opera (99), dan Safari (100), tetapi masih mengatasi Internet Explorer (21).[22]
Google mengeluarkan Chrome 2.0 pada 21 Mei 2009, menjanjukan peningkatan kelajuan dan kestabilan. Antara ciri-ciri barunya termasuk pengisian borang automatik, pembaharuan New Tab Page, dan mod skrin penuh.[23]
Versi 3.0 keluar pada 15 September 2009, membawakan peningkatan kelajuan sebanyak 25%, kebolehan HTML5 (seperti unsur-unsur <video>
dan <audio>
dengan sokongan natif untuk video Ogg Theora, audio Ogg Vorbis, video H.264, audio AAC dan MP3), Omnibox dipertingkat, pemilihan tema, dan pembaharuan New Tab Page.[24][25][26][27][28]
Google Chrome bertujuan meningkatkan keselamatan, kelajuan dan kestabilan. Antara muka pengguna Chrome yang bersifat minimalis berbeza sekali daripada pelayar-pelayar lain.[29] Kekuatan Chrome terletak dalam prestasi aplikasi dan kelajuan pemprosesan JavaScript, yang disahkan oleh para pengulas sebagai yang terpantas di kalangan pelayar-pelayar utama ketika ini.[30][31][32] Bagaimanapun, setelah lahirnya enjin-enjin JavaScript Squirrelfish Extreme oleh WebKit dan TraceMonkey oleh Mozilla, didapati prestasi pelaksanaan JavaScript Chrome semakin perlahan.[33][34][35][36] Kebanyakan ciri-ciri unik Chrome pernah diumumkan oleh pembangun pelayar lain terlebih dahulu, apapun Google tetap menjadi pembangun pertama yang melaksanakan dan mengeluarkannya kepada orang awam.[37] Contohnya, inovasi antara muka pengguna grafik (GUI) yang terpentingnya, iaitu penggabungan bar alamat dan bar carian (Omnibox) pertama kali diumumkan oleh Mozilla pada Mei 2008 sebagai ciri-ciri yang dirancangkan untuk Firefox.[38] Chrome dihimpunkan dari 26 pustaka kod berbeza dari Google dan lain-lain lagi dari pihak ketiga seperti Netscape.[39]
Selain ruangan tunggal untuk mengisi alamat dan kata kunci carian yang bergelar Omnibar, antara muka pengguna utamanya terdiri daripada fungsi undur dan maju (pasangan anak panah kiri kanan di kiri sekali), muat semula (anak palah menggulung di kanan butang undur dan maju), penanda buku (bintang, di hujung kiri Omnibar), pergi (segitiga menghala kanan, di kanan Omnibar) dan batal (pangkah, menggantikan butang pergi apabila laman web dimuat), rupanya serupa dengan pelayar web Safari, manakala tatasusunnya seiras dengan Internet Explorer 7/8. Tiga butang minimumkan, maksmimumkan dan tutup tetingkap di sudut kanan atas berasal dari Windows Vista.
<ref>
tidak sah, nama "Releases" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
As the name suggests, Chromium is a rawer, less polished version of Chrome. The UI is mostly identical, with only a few very minor visual differences...The most readily evident difference is the logo, which sheds the Google images colors in favor of a subdued blue design
|date=
(bantuan)
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
![]() |
Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Google launches web browser, dubbed Chrome |