Fullmetal Alchemist
Fullmetal Alchemist Logo
GenreFantasi, Pengembaraan, Drama, Aksi, Shōnen, Komedi
Diciptakan olehHiromu Arakawa
Manga
PengarangHiromu Arakawa
PenerbitJepun Gangan Comics
Kanada Amerika Syarikat VIZ Media
Australia Singapura Chuang Yi (Cina dan Inggeris)
Taiwan Tong Li
Hong Kong Jade Dynasty
Perancis Kurokawa
Itali Planet Manga
Sepanyol Norma Editorial
Poland Japonica Polonica Fantastica
Thailand Siam Inter Comic
Korea Selatan Daiwon CI
Malaysia Komik Remaja
Finland Sangatsu Manga
Sweden Bonnier Carlsen
Brazil Editora JBC
Anime
PengarahSeiji Mizushima
StudioBONES
Penyiaran AsalJepun MBS-TBS, Animax
Hong Kong TVB Jade
Kanada YTV
Australia Amerika Syarikat Cartoon Network (Adult Swim)
Malaysia TV3, Animax (ASTRO) , ntv7
Singapura Channel U
Argentina Mexico Venezuela India Animax
Brazil Animax, Rede TV!
Chile Chilevisión
Perancis Canal +
Itali MTV Italia
Filipina GMA Network, Animax
Korea Selatan Champ, Anione
Sepanyol Canal Buzz, Cuatro
Finland Subtv
Lithuania LNK
Dikeluarkan pada4 Oktober 20032 Oktober 2004
Portal Anime dan Manga

Fullmetal Alchemist (鋼の錬金術師, Hagane no Renkinjutsushi, "Ahli Alkimia Keluli"), (singkatan FMA atau Hagaren), merupakan siri manga hasil karya Hiromu Arakawa yang telah diadaptasikan kepada bentuk siri TV and filem anime, serta beberapa novel dan permainan video susulan.

Manga FMA masih diterbitkan di Jepun, dan sehingga kini 15 jilid telah dikeluarkan. Namun bentuk animenya, sebaliknya, sudah tamat siaran setelah 51 episod serta sebuah filem susulan. FMA telah meraih sambutan amat hangat di Jepun, Asia dan Amerika Utara; animenya diundi sebagai anime #1 paling digemari sepanjang waktu di Jepun dalam undian web anjuran TV Asahi pada September 2005. Anime ini juga berjaya mempertahankan kedudukan #1 dalam undian terbaru pada tahun 2006.

Sinopsis

[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler

Latar alam

[sunting | sunting sumber]

Fullmetal Alchemist berlatarkan sebuah negara Eropah bernama Amestris dalam suatu dunia selari pada abad ke-20 yang maju dalam penerajuan bukan sahaja teknologi tinggi malah juga bidang alkimia[1]. Jurusan alkimia yang dipelopori dalam bidang ini menyentuh kebolehan sesuatu jirim menjadi jirim yang sangat berbeza melalui penggunaan bulatan penukaran (transmutation)—berdasarkan sains alam sebenar, namun adanya unsur magis, yang kelihatan tidak terhingga gunanya. Ahli alkimia kuno boleh mendaftar untuk mengambil ujian Alkimia Negara untuk menyertai angkatan tentera Amestris.

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Edward dan Alphonse Elric cuba belajar menggunakan alkimia daripasda seorang guru untuk menghidupkan semula ibu mereka, Trisha, yang meninggal dunia akibat penyakit yang tidak boleh diubati. Namun, percubaan itu gagal - malah kuasa yang terhasil "mengambil" kaki kiri Edward serta seluruh badan Alphonse, namun Edward berjaya menyelamatkan Alphonse dengan mengorbankan lengan kanannya. Dalam asalan bahasa Jepun, istilah "Fullmetal" merujuk kepada seorang yang degil. Dalam siri istilah itu sering disalah anggap oleh watak kecil kepada anggota badan gantian Edward atau baju zirah Al.

Seorang pegawai kerajaan Amestris bernama Roy Mustang tiba ketika kejadian penukaran manusia yang gagal tersebut sebagai balasan kepada surat-surat yang pernah dihantar adik-beradik tersebut bagi tujuan memperoleh maklumat mengenai bapa mereka (dengan berharap agar mereka memujuk bapa mereka pulang ke rumah). Setelah memerhati kepakaran alkimia mereka, Mustang bercadang agar kedua-dua adik-beradik tersebut boleh mencapai impian mereka dengan menjadi Alchemist Negara dan berkhidmat untuknya. Setelah digalakkan dengan cadangan Mustang, Edward bersetuju menyahutnya, lalu dibolehkan menggunakan sumber-sumber yang disediakan untuk Alchemist Negara untuk menemui cara memulihkan kehilangannya serta adiknya. Adik-beradik tersebut kemudian mengetahui perihal "Batu Falsafah" lalu mula mencarinya sebagai cara memulihkan badan mereka. Dalam perjalanan tersebut mereka menemui rahsia-rahsia Batu Falsafah yang tidak ingin diketahui mereka, serta mencari orang lain yang turut mencarinya, melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mendapatkan batu tersebut.

Barisan watak

[sunting | sunting sumber]

Watak

[sunting | sunting sumber]

Adik-beradik Elric dan kenalan rapat mereka

[sunting | sunting sumber]

Tentera Amestris

[sunting | sunting sumber]

Watak jahat utama

[sunting | sunting sumber]

Watak sampingan

[sunting | sunting sumber]

Istilah

[sunting | sunting sumber]

Templat:Endspoiler

Lagu-lagu Tema

[sunting | sunting sumber]
Pembuka
  1. "Melissa" oleh Porno Graffitti (episod 2-13)
  2. "Ready Steady Go" oleh L'Arc~en~Ciel (episod 14-25)
  3. "Undo" oleh Cool Joke (episod 26-41)
  4. "Rewrite" oleh Asian Kung-fu Generation (episod 42-51)
Penutup
  1. "Melissa" oleh Porno Graffitti (episod 1)
  2. "Kesenai Tsumi" ("dosa yang Tidak Boleh Dikikis") oleh Nana Kitade (episod 2-13)
  3. "Tobira no Mukō e" ("Ke Sebelah Pintu Yang Lain") oleh Yellow Generation (episod 14-24)
  4. "Motherland" oleh Crystal Kay (episod 26-41)
  5. "I Will" oleh Sowelu (episod 42-50)

Kata-kata hikmat pembukaan

[sunting | sunting sumber]

Manusia tidak boleh mendapat sesuatu tanpa pengorbanan. Sesuatu benda yang sama nilai harus dikorbankan untuk mendapat benda yang baru. Itulah Prinsip Penukaran Sama Nilai dalam ilmu kimia kuno, dan begitulah peraturan yang kita percayai sejak kecil lagi…

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Laman web rasmi

[sunting | sunting sumber]

Laman bukan eksklusif

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Namun begitu, prinsip-prinsip alkimia yang dipakai turut merangkumi unsur fantasi yang tidak didapati dalam alkimia sebenar