Feta | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Keju kambing, mixed milk cheese (en) , sheep milk cheese (en) , Greek cheese (en) , brined cheese (en) |
Pensijilan | Penetapan asalan dilindungi |
Asalan | |
Negara | Yunani |
Ciri-ciri | |
Sumber susu | BebiriKambing |
Dipasteurkan | Tergantung variasinya |
Tekstur | Lembut |
Kandungan lemak | 45%[1] |
sunting · sunting di Wikidata |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 1,103 kJ (264 kcal) |
Karbohidrat | 4 g |
Lemak | 21 g |
Protein | 14 g |
Vitamin A | 422 IU |
Riboflavin (vit. B2) | 0.84 mg (70%) |
Asid pantotenik (B5) | 0.97 mg (19%) |
Vitamin B6 | 0.42 mg (32%) |
Vitamin B12 | 1.7 μg (71%) |
Kalsium | 493 mg (49%) |
Natrium | 1116 mg (74%) |
Zink | 2.9 mg (31%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Feta (Yunani: φέτα, rumi: féta ) adalah keju yang istimewa dihasilkan di Yunani yang dibuat dengan menggunakan susu bebiri yang dipasteurkan dan kadangkalanya ditambahkan susu kambing.[1] Keju Feta telah dihasilkan sejak zaman purbakala dan telah menyebar ke seluruh rantau Balkan.[1]
Keju ini tidak memiliki kulit dan memiliki konsistensi yang padat.[1] Feta memiliki warna yang putih dan disimpan dalam air bergaram atapun air dadih[1] yang terserap menjadikan rasa keju ini sangat masin.[2] Ketulan atau potongan keju yang hendak dimakan hendaklah direndam dalam air dingin ataupun susu selama beberapa minit untuk menghilang kemasinan tersebut.[2] Keju ini boleh dimakan segar dengan minyak zaitun ataupun dalam sandwic malah juga boleh dimasak termasuk dibakar.
Nama keju ini serapan bahasa Itali fetta turunan bahasa Latin offa "potongan".[3][4] kerana sifatnya yang dipotong-potong muat balang-balang sebelum dijual; nama ini meluas sejak abad ke-19.[5] Nama keju ini juga diusulkan dari kata "fetas" dalam bahasa Yunani yang berarti "cakera".[1]
Undang-undang dagang Kesatuan Eropah 2002 mengaturkan feta sebagai suatu barang dagang yang dilindungi asal-usulnya (protected designation of origin) di 27 negara anggota[6][7] di mana nama "feta" hanya dibenarkan untuk keju yang dihasilkan khususnya di tanah besar Yunani and pulau Lesbos[8] berasaskan susu bebiri tulen atau dicampurkan susu kambing setempat sehingga sebanyak 30%.[9]
Homeros dalam karya Odýsseia nukilan beliau mengisahkan mengenai seorang gergasi bernama Polyphemos membuat keju kambing yang dijemur-jemurkan; keju ini difikirkan kononnya duluan kepada keju feta yang ada sekarang.[2][10][11] Keju ini sendirinya wujud hasil perkembangan para penggembala kambing di Yunani mengusahakan ternakan mereka.[12]
Every summer, from time immemorial, shepherds have brought their flocks to the high pastures of the Pindos Mountains in the northwest corner of Greece. […] Milk, feta cheese, and the meat from the lambs are the shepherds' principal source of income.