Falisha Crossley | |
---|---|
![]() Falisha ditemubual oleh MeleTOP selepas beliau memenangi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-28. | |
Kelahiran | Nur Falisha Crossley binti Faisal 13 April 1985 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Perakaunan |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, peragawati, pengacara |
Tahun aktif | 2011–2018 |
Pasangan | Mohamad Rafiq bin Mohmad Arif (k. 2017) |
Anak-anak | 2 |
Nur Falisha Crossley Faisal (lahir 13 April 1985) merupakan seorang bekas pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia, berasal dari Kuching, Sarawak.[1] Beliau terkenal menerusi watak gadis punk Sikha dalam filem Mat Moto arahan Pekin Ibrahim.[2]
Falisha lahir dan membesar di Kuching, Sarawak dan berdarah kacukan Melayu-Cina-Inggeris (sebelah bapanya).[3] Beliau mempunyai seorang adik lelaki bongsu yang meninggal dunia pada 2007 akibat ketumbuhan otak pada usia 18 tahun.[1] Datuk beliau pernah bekerja di bahagian kebudayaan dalam pentadbiran di Sarawak. Manakala ibunya pernah menjadi penari sewaktu muda dahulu.[3] Beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana beliau merupakan pelajar dalam bidang perakaunan. Selepas tamat belajar di UiTM, beliau bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat di Taman Tun Dr. Ismail.[3]
Falisha memulakan kerjaya seninya dengan menyertai Citrawarna dan pelbagai peragaan fesyen, namun tidak terfikir akan terus aktif secara serius. Namun beliau tidak mengetahuinya sehingga pertengahan 2010, beliau terpilih membintangi Iklan Raya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Ketika itu, Falisha bekerja sebagai juruaudit di Lembah Klang apabila beliau diminta untuk uji bakat untuk iklan komersial selepas sepupunya telah menghantar gambar beliau ke sebuah syarikat penerbitan. Kemudian beliau ditawarkan membintangi beberapa iklan televisyen sekali gus membuka peluang untuknya memulakan kerjaya lakonan.[4]
Beliau telah dipilih menjayakan watak gadis punk bernama Sikha dalam filem sulung arahan Pekin Ibrahim, Mat Moto. Pekin berkata: "Dia (Falisha) mewakili gen Y yang barangkali menjadikan ideologi luar sebagai pegangan hidup. Sementara saya mewakili gen X yang masih memiliki sifat-sifat perjuangan dan patriotisme. Pertembungan kedua-dua gen ini ditonjolkan dalam filem Mat Moto. Tak semestinya gen Y ini tidak ada apa-apa. Ada juga benda yang saya belajar daripada dia dan begitu juga sebaliknya. Bagi menghidupkan watak Sikha, beliau memendekkan rambutnya".[5] Bagi menjayakan watak Sikha, beliau sanggup mengorbankan rambut panjangnya dan memotongnya agar menjadi pendek.[6][7]
Pada tahun 2018, Falisha menamatkan kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon semasa beliau di puncak, kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarganya.
Pada pertengahan 2016, beliau bertudung 3 hari sebelum kedatangan bulan Ramadan.[8][9]
Beliau berkahwin dengan Mohamad Rafiq Mohd Arif yang merupakan kapten penerbangan di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia pada 1 Januari 2017.[10] Pasangan ini dikurniakan dua anak - Nur Raysha Mikhayla (lahir 6 Oktober 2017)[11][12] dan Mohamad Shaqur Mateen (lahir 4 Disember 2020).[13]
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Mat Moto | Sikha | Pekin Ibrahim Syafiq Yusof |
Filem pertama |
2017 | Malay Regiment | Falisha | Jurey Latiff Rosli |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Sahara | Sofea | TV3 |
2013 | Derhaka Seorang Madu | Malissa | |
2014 | Selamat Pengantin Madu | Aisyah | |
Istikharah Cinta | Juliza | ||
Sarafina | Nadira | Astro Prima | |
Astana Cinta Aleesa | Alia | TV9 | |
2015 | Memori Cinta Suraya | Amira | Astro Mustika HD |
HidayahMu Ramadan | Mimi | TV3 | |
2016 | Dia Semanis Honey | Ariana | Astro Ria |
Aku Bukan Bimbo | Jemima |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Dendam 5 Beradik | — | Astro Box Office |
Nikah Kita Bercinta | Astro Ria | ||
2016 | Kopi Cinta | TV2 | |
Niqabi | |||
Umrah dot.com | Astro Ria | ||
2017 | Mek Minyak | TV2 | |
Sakit | TV3 | ||
2018 | Syurga Kecil Kami | TV1 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | 1,2,3... Tukar | Dirinya sendiri/peserta | Astro Ria | |
2013 | Selamat Pagi Malaysia | Dirinya sendiri/pengacara | TV1 | |
Hello On 2 | Dirinya sendiri/pengacara | TV2 |
Tahun | Tajuk lagu | Artis undangan |
---|---|---|
2013 | "Ganas" | KRU |
2016 | "Bujeng" | A-OK |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 | Artis Baru Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Festival Filem Malaysia ke-28 | Pelakon Wanita Harapan | Menang | ||
Anugerah Skrin 2016 | Pelakon Filem Wanita Terbaik | Tercalon |