Doris Day | |
---|---|
Kelahiran | Doris Mary Kappelhoff 3 April 1922 Cincinnati, Ohio, A.S. |
Meninggal dunia | 13 Mei 2019 Carmel Valley Village, California, A.S. | (umur 97)
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1939–1989 |
Pasangan | Al Jorden (k. 1941; c. 1943) George Weidler (k. 1946; c. 1949) Martin Melcher (k. 1951; d. 1968) Barry Comden (k. 1976; c. 1981) |
Anak-anak | Terry Melcher |
Laman web rasmi | dorisday |
Doris Day (lahir Doris Mary Kappelhoff; 3 April 1922 – 13 Mei 2019) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan aktivis kebajikan haiwan. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai penyanyi kugiran pada tahun 1939 yang mengecap kejayaan pada tahun 1945 dengan dua buah rakaman popular, "Sentimental Journey" dan "My Dreams Are Getting Better All the Time" bersama Les Brown & His Band of Renown. Beliau meninggalkan kugiran tersebut untuk bergerak solo dan telah merakam lebih daripada 650 buah lagu dari tahun 1947 sehingga 1967.
Doris Mary Kappelhoff dilahirkan pada 3 April 1922, di Cincinnati, Ohio,[1] merupakan anak kepada Alma Sophia (née Welz; 1895–1976) dan William Joseph Kappelhoff (1892–1967). Ibu beliau merupakan seorang surirumah tangga manakala bapa beliau merupakan guru muzik.[2][3] Datuk dan nenek sebelah bapanya merupakan berketurunan Belanda dan Jerman. [4][5] Sepanjang hayatnya, Day mempercayai bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1924, sehinggalah pada sambutan hari lahir beliau ke-95, Associated Press menemui sijil lahirnya yang menunjukkan bahawa Day dilahirkan pada tahun 1922.[1]
Day merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Beliau mempunyai dua orang abang iaitu Richard (meninggal dunia sebelum kelahiran Doris) dan Paul, dua hingga tiga tahun lebih tua dari Doris.[6]
Kerjaya Day sebagai pelakon filem bermula pada akhir era klasik Hollywood menerusi filem Romance on the High Seas (1948), dan terus berkembang selama 20 tahun. Beliau telah membintangi pelbagai genre filem termasuklah muzikal, komedi, drama dan seram. Antara filem lakonan beliau adalah Calamity Jane (1953) dan The Man Who Knew Too Much (1956) bersama James Stewart. Filem Pillow Talk (1959) disamping Rock Hudson telah melayakkan Day untuk tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Akademi. Beliau turut pernah berlakon bersama James Garner dalam dua buah filem Move Over, Darling (1963) dan The Thrill of It All (1963) selain bersama pelakon lelaki lain termasuklah Clark Gable, Cary Grant, James Cagney, David Niven, Jack Lemmon, Frank Sinatra, Richard Widmark, Kirk Douglas, Lauren Bacall dan Rod Taylor. Setelah mengakhiri kerjaya sebagai pelakon filem, beliau muncul dalam sitkomnya sendiri, The Doris Day Show (1968–1973).
Day telah menjadi salah satu bintang filem terkemuka pada awal 1960-an, dan sehingga 2012, beliau menjadi salahs seorang daripada lapan orang penghibur yang menjadi pecah panggung sebanyak empat kali di A.S.[7][8] Pada tahun 2011, beliau mengeluarkan album studio yang ke-29, My Heart yang memuatkan material baharu dan menjadi album Top 10 UK. Beliau menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Grammy dan Anugerah Legenda dari Society of Singers. Pada tahun 1960, Day dicalonkan dalam Anugerah Akademi untuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik,[9] dan dianugerahkan Anugerah Cecil B. DeMille untuk pencapaian sepanjang hayat dalam filem pada tahun 1989. Pada tahun 2004, beliau dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dan pada tahun 2011, Anugerah Pencapaian Kerjaya Persatuan Pengkritik Filem Los Angeles.
Setelah bersara dari filem, Day tinggal di Carmel-by-the-Sea, California. Beliau mempunyai banyak haiwan peliharaan dan membela haiwan-haiwan terbiar.[10] Beliau merupakan penyokong Republikan.[11][12] Beliau mempunyai seorang anak iaitu Terry Melcher yang juga merupakan penerbit muzik dan penulis lagu. Terry meninggal dunia pada November 2004 akibat melanoma.[13] Day owned a hotel in Carmel-by-the-Sea called the Cypress Inn which she originally co-owned with her son.[14]
Day telah berkahwin sebanyak empat kali.[15] Pada Mac 1941, beliau telah berkahwin dengan Al Jorden, seorang pemain trombonis yang telah dikenalinya di Barney Rapp's Band dan mereka bercerai pada Februari 1943.[16] Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Terrence Paul Jorden, kemudiaannya dikenali sebagai Terry Melcher. Perkahwinan kedua Day adalah bersama seorang pemain saksofon, George William Weidler pada 30 Mac 1946 sehingga 31 Mei 1949. Weidler merupakan abang kepada pelakon Virginia Weidler.[16]
Day mengahwini Martin Melcher pada 3 April 1951, semasa hari lahirnya yang ke-29, dan perkahwinan ini kekal sehingga kematian Melcher pada April 1968.[16] Melcher telah menjadikan anak Day, Terry sebagai anak angkat dengan nama Terry Melcher, yang kemudiaannya menjadi seorang pemuzik dan penerbit rekod yang berjaya.[17] Martin Melcher telah banyak menerbitkan filem-filem Day.
Perkahwinan keempat Day adalah bersama Barry Comden (1935–2009) dari 14 April 1976 sehingga 2 April 1982.[18]
Day meninggal dunia pada 13 Mei 2019 pada usia 97 tahun akibat pneumonia. Kematian beliau telah diumumkan oleh badan kebajikan beliau, Doris Day Animal Foundation.[19][20][21] Badan kebajikan tersebut juga menunaikan permintaan Day supaya tiada perkhidmatan pengebumian atau apa-apa memorial umum.[22][23][24]
Source[25]
A copy of Day's birth certificate, obtained by The Associated Press from Ohio's Office of Vital Statistics, settles the issue: Doris Mary Kappelhoff, her pre-fame name, was born on April 3, 1922, making her 95. Her parents were Alma and William Kappelhoff of Cincinnati.Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Born 1922: age on April 10, 1940, in Hamilton County, Ohio, 91–346 (enumeration district), 2552 Warsaw Avenue, was 18 years old as per 1940 United States Census records; name transcribed incorrectly as "Daris Kappelhoff", included with mother Alma and brother Paul, all with same surname. (registration required; initial 14-day free pass)
|journal=
(bantuan)