Doria Rachel Jolly | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Malaysia |
Pusat pendidikan | Universiti Hertfordshire, London |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2007–kini |
Laman web rasmi | www.doriarachel.com |
Doria Rachel Jolly (lahir 16 Januari 1988) merupakan seorang pengacara dan pelakon wanita Malaysia. Doria menduduki tempat ketiga dalam rancangan Ikon Siarawan 2016. Ikon Siarawan merupakan sebuah program realiti terbitan RTM untuk mencari bakat baharu yang berpotensi dan berdaya saing dalam dunia penyiaran.[2] Dia juga telah membintangi beberapa drama popular tempatan seperti Isteri Tuan Ihsan (Astro) dan Melankolia (TV3).
Doria Rachel Jolly dilahirkan pada 16 Januari 1988 di Miri, Sarawak. Doria ialah anak sulung daripada 3 adik beradik. Doria berdarah kacukan. Dia memegang ijazah undang-undang dari Universiti Hertfordshire, London dan telah menetap di sana selama 5 tahun sebelum berpulang ke tanah air untuk memulakan kerjayanya di dalam dunia hiburan pada tahun 2016.
Pada 2011 Doria pernah aktif sebagai model dan memenangi anugerah Fashionista Style Search. Dia juga telah mencuba nasib menyertai pertandingan reality pencarian bakat Britain X Factor.
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/593261/mahu-variasi-watak