Kelas Makassar
| |
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Nama: | Makassar |
Pembina: | Kejuruteraan Marin dan Perkapalan Daewoo (Limbungan Daesun), PT PAL
|
Sebelumnya: | Tanjung Dalpele |
Kos: | $37.5 juta |
Jumlah disiapkan: | 1 |
Jumlah aktif: | 3 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Dok pelantar mendarat |
Sesaran: |
|
Panjang: | 122 meter ~ 125 meter (untuk versi Indonesia) |
Lunas: | 22 meter |
Draft: | 4.9 meter |
Dek: | (dek tangki); 6.7 meter,(dek trak); 11.3 meter |
Jana kuasa: |
|
Halaju: |
|
Jarak: | 30 hari, sehingga 10,000 Nm |
Bot & lancang yang dibawa: | 2 x LCVP |
Trup: | 218 trup |
Anak kapal: | kediaman sehingga 518 orang |
Krew: | 126 krew |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 5x helikopter |
Kelas Makassar adalah sebuah kelas dok pelantar mendarat yang direka oleh Daesun Shipbuilding & Engineering Co. dari Korea Selatan berdasarkan rekabentuk terdahulu kelas Tanjung Dalpele. Kontrak bernilai ASD$150 juta telah ditandatangani pada bulan Disember 2004[1] dan dua buah kapal pertama telah dibina di Busan, Korea Selatan. Dua buah selebihnya akan dibina di Limbungan PT PAL di Surabaya, Indonesia dengan bantuan daripada Daesun.
Kontrak untuk kapal ke-3 dan ke-4 yang akan dibina di Indonesia telah ditandatangani dengan PT PAL pada 28 Mac, 2005. Pada 19 Oktober 2006, kapal pertama dari dua buah yang dibina oleh Indonesia, telah dibaringkan dalam satu istiadat oleh Laksamana Slamet Subiyanto, Ketua Staf, Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL). [2]
Kapal ke-3 dan ke-4 telah diubahsuai bagi bertindak sebagai kapal laksamana dengan cadangan untuk dilengkapi dengan sistem arahan dan kawalan, meriam 57mm dan sistem pertahanan udara.
Nama | Penan | Negara | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan |
---|---|---|---|---|---|
KRI Makassar | 590 | 7-Dis-2006 | 29-Apr-2007 | ||
KRI Surabaya | 591 | 7-Dis-2006 | 23-Mac-2007 | 1-Ogos-2007 | |
KRI Banjarmasin | 592 | 19-Okt-2006 | 28-Ogos-2008[3] | 28-Nov-2009[4] | |
KRI Banda Aceh | 593 | 07-Dis-2007 | 19-Mac-2010[5] |