David Livingstone (11 Mac 1813 – 1 Mei 1873) ialah seorang pelopor mubaligh perubatan bangsa Scot yang berkhidmat dengan Persatuan Mubaligh London (London Missionary Society) dan seorang penjelajah di Afrika. Pertemuan beliau dengan H M Stanley pada 10 November 1871 menghasilakn petikan popular, "Dr Livingstone, I presume?" (harfiah, "Dr Livingstone, saya agak?").

Kemasyhuran beliau sebagai seorang penjelajah mendorong pencarian punca Sungai Nil yang membentuk kemuncak zaman klasik penjelajahan orang Eropah dan penembusan kolonial benua Afrika. Pada masa yang sama perjalanan mubaligh, "kehilangan" dan kematian beliau di Afrika dan pengagungan sebagai wira kebangsaan Great Britain yang menyusul pada tahun 1874 selepas kematian beliau membawa kepada penubuhan inisiatif-inisiatif misi mubaligh Kristian Afrika Tengah yang berterusan dalam era "Perebutan Afrika".[1]

Nota

  1. ^ John M. Mackenzie, "David Livingstone: The Construction of the Myth," in Sermons and Battle Hymns: Protestant Popular Culture in Modern Scotland, ed. Graham Walker and Tom Gallagher (Edinburgh: Edinburgh University Press, 1990).

Bibliografi

Pautan luar

Wikisource
Wikisource



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat ((tunas)) ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.