Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Portugis. (Mac 2023) .mw-parser-output .hidden-begin{box-sizing:border-box;width:100%;padding:5px;border:none;font-size:95%}.mw-parser-output .hidden-title{font-weight:bold;line-height:1.6;text-align:left}.mw-parser-output .hidden-content{text-align:left}Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan. Lihat versi rencana Portugis itu yang diterjemahkan oleh mesin. Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing. Selepas menterjemah, templat ((Laman diterjemahkan|pt|Caravela)) hendaklah ditambah pada laman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepada hak cipta. Untuk panduan lebih lanjut, sila lihat Wikipedia:Terjemahan.
Sebuah kapal caravel milik Portugal. Kapal ini merupakan sebuah model standard yang digunakan oleh Portugal dalam penjelajahan pelayaran mereka. Ia boleh memuatkan kira-kira 20 orang kelasi.[1]

Kerabil (Portugis: caravela pinjaman Itali: caravella turunan Latin Pertengahan carăbu "perahu" serapan lanjut Yunani Purba κάραβος[2]) ialah sejenis kapal layar kecil dan mudah dikendalikan. Ia mula digunakan pada kurun ke-15 oleh orang Portugis bagi berlayar dan menjelajah pantai Afrika Barat dan Lautan Atlantik.

Layar-layar kapal kerabil yang berbentuk mirip pada jenis lateen berupaya menggerakkan badan kapal menyongsong angin dan meluncur di pesisiran menuju muara sungai dengan lajunya. Ia banyak digunakan oleh para pelayar empayar Portugis menjelajah lautan pada kurun-kurun ke-15 dan ke-16 semasa Zaman Penemuan.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Notis dalam Musée de la Marine.
  2. ^ "caravela"(2003). Dicionário infopédia da Língua Portuguesa. Porto Editora. Diakses pada 13 Januari 2023
  3. ^ Salgado, Augusto (2002). "Caravela". Navegações Portuguesas. Instituto Camões.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]