Berangan | |
---|---|
![]() | |
Pohon Castanea sativa | |
![]() | |
Berangan Castanea sativa | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | Fagales
|
Keluarga: | Fagaceae
|
Genus: | Castanea
|
Species | |
|
Buah berangan adalah buah kekeras yang diperolehi dari seberapa spesies pokok meluruh dalam genus Castanea keluarga Fagaceae bertaburan asal dari kawasan-kawasan beriklim sederhana di Hemisfera Utara.[1][2][3]
Terdapat empat kumpulan spesies utama pokok berangan yang dikenali:[4]
Subfamili | Imej | Nama saintifik | Taburan |
---|---|---|---|
Berangan Amerika | Castanea dentata | timur Amerika Syarikat | |
![]() |
Castanea pumila | selatan dan timur Amerika Syarikat[5][6] | |
Berangan Asia | ![]() |
Castanea mollissima | China |
![]() |
Castanea henryi | China | |
![]() |
Castanea seguinii | China | |
![]() |
Castanea crenata | Malaysia dan mungkin negara-negara Asia Tenggara yang lain | |
Berangan Eropah | ![]() |
Castanea sativa | China, diperkenalkan ke Himalaya dan bahagian beriklim sederhana lain di Asia. |
Pokok berangan mempunyai kadar pertumbuhan sederhana (untuk pokok berangan Cina) hingga tumbuh dengan cepat untuk spesies Amerika dan Eropah.[7] Ketinggian matang bervariasi dari spesies yang kecil renek[8] hingga kepada spesies Amerika C. dentata yang dapat tumbuh tinggi besar mencapai 60 m . Di antara dua ini terdapat berangan Jepun (C. crenata) pada purata 10 m [note 1] diikuti oleh berangan Cina ( C. mollissima ) pada jarak sekitar 15 m, dan berangan Eropah (C. sativa) yang tumbuh cecah sekitar 30 meter.[10]
Kulit kayu berangan muda mempunyai permukaan licin,[11] alur kulit pokok dalam sesetengah spesies berpintal apabila semakin menua.[7]
Ia paling lazim dimakan secara dipaggang atau digoreng pasir memerlukan menjaringkan buah terlebih dahulu untuk mengelakkan letupan buah akibat pengembangan. Setelah dimasak, teksturnya sedikit mirip dengan kentang bakar dengan rasa halus manis. [12] [13] [14] juga boleh disaluti gula, direbus, dikukus serta digoreng baik dengan cara manis atau berlauk.[5] Ia turut boleh digunakan sebagai inti sumbatan sayur-sayuran, daging ayam itik, dan makanan lain.[7]
Buah ini juga dapat dikeringkan dan digiling menjadi tepung yang kemudian dapat digunakan untuk menyiapkan roti, kuih-muih, pastri, pasta, polenta[5] (dikenal di Corsica sebagai pulenda ), atau digunakan sebagai bahan pemekat rendidihan, sup dan sos.
Pokok ini yang tergolong dalam keluarga sama dengan oak mengandungi banyak tanin beracun[15] yang menjadikan kayu sangat baik dan tahan lama kepada alam sekitar[15][16] dan menjimatkan keperluan untuk rawatan perlindungan lain. Namun, kandungan tanin juga menghakis besi secara perlahan.[16] Bahan-bahan tanin ini juga memainkan peranan dalam industri penyamakan kulit.[17]