Azaria Tagaya | |
---|---|
Kelahiran | Azaria Tagaya binti Norio Tagaya 27 Januari 1984 |
Pendidikan | Jurusan Komunikasi Massa |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Penyampai berita, pengacara, wartawan |
Tahun aktif | 2007–kini |
Majikan |
|
Pasangan | Reza Syafiq Zainal Rashid (k. 2021) |
Azaria Tagaya Norio Tagaya (lahir 27 Januari 1984) ialah seorang penyampai berita, pengacara televisyen dan wartawan Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai berita di TV3.[1][2][3]
Beliau dilahirkan pada 27 Januari 1984 di Kuala Lumpur dan berketurunan Melayu, Jepun (sebelah bapa) dan Pakistan (sebelah ibu). Beliau merupakan anak bongsu daripada 2 beradik dan mempunyai seorang abang. Azaria ialah anak kepada Mohd Nor Tagaya yang merupakan bekas penyunting filem di Sabah Film Productions milik Deddy M. Borhan.[2]
Azaria memperoleh pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, kemudian melanjutkan pelajaran dalam jurusan Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[2][4]
Sebelum menyertai TV3, Azaria memulakan kerjaya awalnya sebagai kakitangan bebas di syarikat penerbitan dan pernah berkhidmat dengan beberapa stesen TV lain. Antaranya beliau pernah menjadi pelatih amali dan penolong penerbit di Astro Awani. Sewaktu bersama Astro Awani, beliau turut menulis sendiri skrip dan menunjukkan minat dan bakat terpendam yang dimiliki sebagai penyampai berita. Beliau seterusnya menjadi pengacara rancangan Hello On 2 di TV2, kemudian muncul sebagai pengacara di EC Inspirasi di HyppTV (kini Unifi TV) selama beberapa tahun.[2][1]
Beliau juga pernah bersama sebuah produksi alih suara kartun animasi kanak-kanak beberapa tahun lalu[3] dengan menyumbangkan suaranya untuk sebuah siri animasi Perancis yang dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris untuk siaran di Astro Ceria. Azaria menyertai TV3 pada 2014 selepas mengambil bahagian dalam sesi uji bakat terbuka pembaca berita yang diadakan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM semasa mengambil skrol ijazah.[2]
Beliau pada mulanya tidak terfikir untuk menjadi penyampai berita TV3, kerana semasa menjadi pelatih amali, Azaria melakukan pelbagai tugasan yang meliputi rancangan pelbagai genre termasuk hiburan dan kembara.[2]
Azaria berkahwin dengan Reza Syafiq Zainal Rashid pada 15 September 2021.[5][6] Bagaimanapun, Azaria dan suaminya tidak mengadakan majlis resepsi.[7]
Di waktu lapang, beliau menghabiskan banyak masanya di rumah.[8]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011–2013 | Hello On 2 | Pengacara | TV2 |
2016–2018 | Nasi Lemak Kopi O | TV9 | |
2018–2019 | Ringgit Sense Plus | TV3 | |
2018–kini | Buletin Utama | Penyampai berita | |
Nightline | |||
2020–kini | Money Matters | Pengacara |