Aya Sophia
Hagia Sophia
Pandangan dari luar Aya Sophia
Maklumat umum
Pereka bentuk
Isidore dari Miletus
Anthemius dari Tralles
JenisKatedral Ortodoks Timur (537–1204, 1261–1453)

Katedral Katholik Rom (1204–1261)
Masjid (1453–1931, 2020-kini)

Muzium (1935–2020)
BahanAshlar, bata
Panjang82 m (269 ka)
Lebar73 m (240 ka)
Tinggi55 m (180 ka)
Mula dibina pada
532
Disiapkan pada
537
Maklumat lokasi
Aya Sophia is located in Bumi
Aya Sophia
Aya Sophia (Bumi)
Map
Koordinat41°00′31″N 28°58′48″E / 41.008548°N 28.979938°E / 41.008548; 28.979938Koordinat: 41°00′31″N 28°58′48″E / 41.008548°N 28.979938°E / 41.008548; 28.979938
LokasiConstantinople (kini Istanbul, Turki)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Hagia Sophia
Pandangan di dalam Aya Sophia menunjukkan unsur-unsur Islam pada kubah utama.
Bahagian dalam Hagia Sophia

Aya Sophia (Bahasa Yunani: Ἁγία Σοφία); Hagia Sophia (bahasa Turki: Ayasofya; bahasa Arab; آيا صوفيا, berasal daripada perkataan Yunani: Ἁγία Σοφία, "Hikmah Suci"; bahasa Latin: Sancta Sophia atau Sancta Sapientia) merupakan sebuah struktur bangunan muzium yang terletak di Istanbul, Turki. Bangunan ini sering dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik di dunia. Pada mulanya, Aya Sophia dibina sebagai sebuah katedral bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi kemudian diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453. Pemerintah republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium bermula pada 1935 dan bertukar menjadi masjid semula pada 2020 atas ketetapan Presiden Turki.[1][2]

Sejarah

Aya Sophia asalnya dibina sebagai sebuah katedral di antara 532 dan 537 SM atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Aya Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1,000 tahun.

Pada 1453, selepas kejatuhan Constantinople kepada empayar Uthmaniyah, Sultan Muhammad al-Fatih telah menukar Gereja Ortodoks Bizantium ini menjadi masjid. Loceng, altar dan barang-barang berunsurkan agama Kristian kemudian dibuang sementara lukisan pada dinding pula ditampal. Ia telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan. Aya Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.

Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan menjadi model pada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

Gambaran

Hagia Sophia mempunyai satu kubah besar di tengah (diameter 31.87 m dan tinggi 55.60 m dari lantai) yang terletak di atas singgah kubah yang disokong oleh empat tiang sambut.

Dinding dalam ditutupi dengan batu marmar, mozek emas dan lain-lain. Di bahagian luar, dinding stuko ringkas menyerlahkan lagi kekubah dan kubah utama.

Rujukan

  1. ^ Gall, Carlotta (10 Julai 2020). "Erdogan Signs Decree Allowing Hagia Sophia to Be Used as a Mosque Again". The New York Times (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ Dal, Aylin; Karadag, Kemal (10 Julai 2020). "Turkey: Court strikes down Hagia Sophia museum decree" (dalam bahasa Inggeris). Agensi Anadolu.

Bibliografi

Bacaan lanjut

Artikel

Mosaics

Pautan luar