Anzalna Nasir | |
---|---|
Kelahiran | Nur Anzalna Bte Md Nasir 9 Januari 1988 |
Pusat pendidikan | Brooks High School, Launceston Launceston College, Tasmania |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2010–kini |
Pasangan | Hanif Zaki (k. 2016) |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa | Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim (bapa) |
Saudara |
|
Nur Anzalna Md Nasir (lahir 9 Januari 1988) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah, dan Syatilla Melvin. Beliau merupakan kakak kepada pelakon dan model, Mia Nasir, Afifah Nasir.
Anzalna merupakan anak kedua daripada lima beradik yang kesemuanya perempuan, dilahirkan pada 9 Januari 1988 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan memiliki darah kacukan Melayu, Cina ,Pakistan dan Bugis. Bapanya berketurunan Cina manakala ibunya berketurunan Pakistan, Anzalna dibesarkan di beberapa tempat. Beliau bersekolah di Montreal, Kanada dari 1996 hingga 1998 sementara mengikut ayahnya, Dr. Md. Nasir Ibrahim melanjutkan pengajiannnya di McGill University, Kanada. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Coronation Elementary School dan kemudiannya belajar di Sinclair Laird Elementary School dan diikuti oleh Bancroft Elementary School.
Selepas bapanya menamatkan pelajaran, Anzalna kembali ke Malaysia dan bersekolah di SMK Munshi Abdullah dan SMK Khir Johari. Beliau meninggalkan Malaysia pada 2004 untuk mengikut bapanya yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Universiti Tasmania, Australia. Beliau menyambung pelajarannya di Brooks High School, Launceston dan Launceston College di Tasmania untuk mendapatkan Diploma.
Anzalna membuat penampilan pertamanya sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, yang turut disertai oleh Neelofa, Izara Aishah, Ramona Zamzam, Syatilla Melvin dan Azar Azmi. Selepas Dewi Remaja tamat, beliau kemudiannya melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2011.
Beliau berkahwin dengan teman lamanya yang juga seorang ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 2016.[1] Beliau mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung lelaki selepas tiga tahun berkahwin.[2][3][4]
Dalam tahun 2012, Anzalna dikatakan pernah berkrisis dengan Neelofa, sehingga kedua-duanya tidak bertegur sapa akibat kontroversi yang menyelubungi mereka.[5] Hubungan Anzalna dan Neelofa kembali damai selepas kedua-dua mereka membuat permohonan maaf secara terbuka.[6][7] Beliau bagaimanapun tidak pernah mencemburui Neelofa mahupun Tasha Shilla.[8]
Pada 31 Mei 2019, Anzalna dan suami, Hanif dikurniakan cahaya mata lelaki yang bernama Mohamad Eidress. Beliau dilaporkan berkata bapanya inginkan anak lelaki kerana adik-beradik Anzalna semuanya perempuan.[9][10][11]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Sepah The Movie | Ayu Sofea | Filem pertama |
Kahwin 5 | Farra | ||
2020 | Tyickoouns | Ramona |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Suria Di Cordoba | Astro Prima | |
Ramadhan Terakhir | Rossa | TV3 | |
2012 | Gemersik Kalbu | Tasha | |
Mahabbah | Katrina | ||
Aishiteru | TV9 | ||
24 Hari Sebelum Jatuh Cinta | TV1 | ||
Sirrun | Surina | TV9 | |
Indera Joned | Dr. Sara | TV3 | |
2013 | Maskara | Hani | TV1 |
Love You Mr. Arrogant | Farizah | TV3 | |
Bangkitnya Seorang Perempuan | Balqish | ||
Tentang Hati | Shireen | TV2 | |
Buletin Cinta | TV3 | ||
Orang Gaji IQ | Shahira/Erni Wibowo | TV2 | |
2014 | Aku Isterinya | Mya Arlissa | TV3 |
Kalau Itu Jodoh Kita | TV AlHijrah | ||
Jauh Dari Cinta | Nysa Sakinah | Astro Prima | |
2015 | Memori Cinta Suraya | Suraya | |
2017 | Arluna | Nia Arluna | |
Dendam Aurora | Putri Adrina | ||
2018 | Mamu Mami Gosip | TV1 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Ajaibnya Cinta | Musliha | TV3 |
2012 | Cik Paris Diva Kampung | Astro Prima | |
Aku Janda Belum Kaya | |||
2 Dalam 1 | Mia | TV3 | |
2013 | Salahkah Aku | Allysa | |
Destinasi Cinta Sara | Liza | Astro Ria | |
Cinta Dari Syurga | Nurul Hannan | TV3 | |
2014 | Sayang Harissa | Harissa | TV1 |
Klon Ustaz | TV9 | ||
2015 | Member Superstar Balik Raya | Astro Ria | |
2016 | Jauh | ||
2018 | Vlog Laura | Munirah | ntv7 |
Renyai Takbir Raya | Astro Ria |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012–2013 | Karoot Komedia | Artis Undangan | Astro Mustika HD |
Kilauan Emas | Artis Undangan | Astro Prima |