Anak-anak Sidek
FormatKomik autobiografi
Edaran
  • Dua bulan sekali (1995-1997; 2002-2005)
  • Sekali sebulan (1998-2001)
PenerbitPenerbtian JAS Sdn. Bhd.1995-1997

Jam Picture 2002-2005

X-Square Studio 2011
Jumlah edaran160
PengasasRaja Azmi
Isu pertama
  • 1995; 29 tahun yang lalu (1995) (edisi asal)
  • 2002; 22 tahun yang lalu (2002) (edisi tangkapan skrin)
  • 2008; 16 tahun yang lalu (2008) (pelancaran semula)
Isu terakhir
  • 2005; 19 tahun yang lalu (2005) (edisi asal dan tangkapan skrin)
  • 2011; 13 tahun yang lalu (2011) (edisi baru)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Anak-anak Sidek[1] ialah sebuah komik autobiografi jaguh badminton negara karya Kumpulan Pelukis J.A.S Sdn. Bhd. Komik ini menjadi komik biografi yang pertama dan seumpamanya di Malaysia yang diterbitkan selama 10 tahun, dari 1995 hingga 2005. Raja Azmi merupakan penerbit komik ini. Ia merupakan komik biografi mengenai keluarga pemain badminton negara iaitu keluarga Sidek, berdasarkan kisah benar. Komik ini juga pernah diulang cetak sebanyak beberapa kali kerana menerima permintaan tinggi daripada pembaca.

Terdapat juga siri animasinya dengan judul yang sama, yang telah disiarkan di RTM selama 3 musim dan 39 episod dari tahun 1999 hingga 2002. Semua anak-anak Sidek, kecuali Razif, menjadi ahli lembaga pengarah dan penerbit eksekutif bagi kedua-dua komik dan siri animasi ini.

Komik ini dilancarkan semula pada 2008 dan disertakan dengan VCD siri animasi ini, tetapi ia tiada lagi di pasaran sejak 2011.

Ringkasan

Anak-anak Sidek mengisahkan kehidupan Sidek bersaudara yang menghabiskan zaman kanak-kanak mereka di sebuah kampung yang bernama Kanchong Darat di Banting, Selangor pada 1960-an dan awal 1970-an, termasuk sekali kisah-kisah kehidupan Sidek bersaudara sebelum menjadi pemain badminton ternama negara, dan kehidupan peribadi anak-anak Sidek yang tidak pernah diketahui umum.

Komik yang julung kali diterbitkan di Malaysia pada 1995 (3 tahun selepas Malaysia memenangi Piala Thomas) dan diulang cetak berbanyak-banyak kali mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pembacanya.

Edisi baru komik Anak-anak Sidek dilancarkan pada April 2002 dan isi kandungan komik ini terdiri daripada komik hasil tangkapan skrin siri animasi Anak-anak Sidek dan ia juga turut disertakan dengan VCD siri animasi ini. Bagaimanapun, komik Anak-anak Sidek tidak lagi diterbitkan selepas 10 tahun berada di pasaran.

Watak

Watak utama

Watak pembantu

Watak undangan

Siri animasi

Rencana utama: Anak-anak Sidek (siri TV)

Kejayaan komik Anak-anak Sidek membawa kepada penerbitan siri animasinya yang disiarkan di RTM TV1 sebanyak 3 musim dan 39 episod, dari 1999 sehingga 2002.[2] Untuk musim pertama, Misbun Sidek meminjamkan suaranya untuk watak Haji Sulaiman dan Jalani Sidek meminjamkan suaranya untuk watak Haji Abdullah Kamar.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Abdul Hafiz Ahmad dan Norzie Mohd. Khasbi (19 Oktober 2005). "Sentuhan Sidek lahir 5 jaguh dunia". Utusan Online.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Anak-Anak Sidek Kenangan Terindah Buat Negara". The Sukan. Dicapai pada 4 November 2017.

Pautan luar