Ali Setan 2 | |
---|---|
Pengarah | Yassin Salleh |
Penulis | Osman Abadi |
Lakon layar | Yassin Salleh |
Cerita oleh | Osman Abadi |
Dihasilkan oleh | Harun Hassan |
Dibintangi | Azmil Mustapha Shasha Izi Yahya Liza Abdullah Ebby Saiful Shah Rezza Dayangku Intan |
Muzik oleh | Ooi Eow Jin |
Syarikat penerbitan | Amir Communications |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Ali Setan 2 ialah sebuah filem romantik komedi Malaysia yang ditayangkan pada 7 November 1986 dan merupakan sambungan kepada filem Ali Setan.
Ia diterbitkan pada tahun 1986.
Setelah menerima ijazah, Ali dan Asmidar bercadang mahu mendirikan rumahtangga. Bagaimanapun, Jeff telah menyebabkan perkahwinan mereka dibatalkan kerana Jeff telah menceritakan latar belakang Ali kepada ayah Asmidar. Ayah Asmidar, memaksanya berkahwin dengan Jeff. Selepas beberapa bulan, Jeff telah menceraikan Asmidar kerana perkahwinan mereka tidak bahagia. Asmidar dan Ali bertemu dan bersatu semula.