Aku Yang Kau Gelar Isteri | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil |
Pengarah | Shuhaimi Lua Abdullah |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | Purnama - Naim Daniel |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Tanah Beris Film Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Samarinda) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 17 Februari 2021 – 15 Mac 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Takdir Yang Tertulis |
Diikuti oleh | Penjara Janji |
Aku Yang Kau Gelar Isteri ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shuhaimi Lua Abdullah, dibintangi oleh Nadia Brian, Dato Adi Putra, dan Sharifah Sakinah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 dari 17 Februari hingga 15 Mac 2021 menggantikan Takdir Yang Tertulis.[1]
Mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Ady Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).
Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?