Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 17 Februari 1996 |
Bidang kuasa | Kementerian Dalam Negeri |
Ibu pejabat | Kajang, Selangor Darul Ehsan |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif Agensi |
|
Laman sesawang | http://www.adk.gov.my/ |
Agensi Antidadah Kebangsaan atau nama singkatannya iaitu AADK (dahulu dikenali sebagai Agensi Dadah Kebangsaan atau ADK) telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 Februari, 1996. Penubuhannya diluluskan dengan menggabungkan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN).
Pada 17 Februari 1996, Mahathir Mohamad kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Antidadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara. [1]
Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.
Bidang tugas Agensi Antidadah Kebangsaan adalah seperti berikut :-
Agensi AntiDadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah AADK Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah AADK manakala Ketua Pegawai AADK Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah AADK Negeri.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat ((tunas)) ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.