Afzan A. Rahman | |
---|---|
Kelahiran | Afzan bin A Rahman 22 Oktober 1982 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2008-kini |
Ketinggian | 5 ft 11 in (1.80 m) |
Pasangan | Hasliza Md Sharasan |
Anak-anak | 2 |
Afzan bin A Rahman (lahir 22 Oktober 1982) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula mencipta nama selepas menyertai pertandingan realiti pencarian bakat baru Anak Wayang Musim Pertama pada April 2009.[1] Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Kecuali Cintamu menerusi watak pembantu sebagai Mekanik. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan kerap memegang watak pembantu. Beliau mula dikenali menerusi watak Saiful menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Beliau juga kerap berlakon di bawah produksi A. Aida Production.[2] Drama terkini sedang di siarkan di Astro Ria bertajuk Takdir itu Milik Aku ( march2024-june2024)
Afzan dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Beliau mengakhiri zaman duda pada 1 November 2011 bersama wanita pilihan Hasliza Md Sharasan. Perkahwinan bersama Hasliza merupakan yang kedua bagi Afzan selepas empat tahun menduda.[3] Anaknya Muhammad Haikal merupakan salah seorang pelapis muda bagi pasukan belia bola sepak JDT dan turut dikurniakan seorang puteri bernama Anggun Nurcarissa.[4]
Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Kecuali Cintamu menerusi watak pembantu iaitu seorang mekanik. Pada ketika beliau baru berusia 27 tahun selepas tamat program realiti televisyen rancangan tersebut yang turut disertai oleh Hairi Safwan, Hafiz Halim, Amar Baharin, Lan Siro, Alex Yanz, Dayana Roza, dan Sura Sojangi. Beliau banyak dikenali dengan watak pembantu antaranya drama lakonannya ialah Kerana Terpaksa Aku Relakan, Lara Aishah, Rindu Awak 200%, Ku Tak Rela, Bukan Isteri Sempurna dan banyak lagi. Beliau juga kerap berlakon di bawah produksi A. Aida Production.[5]
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! | Dr Sheikh Muzafar Muda | Din CJ | |
Kecoh Betul | Rizal | S. Baldev Singh & Ikhzal Ideris | ||
2012 | Lagenda Budak Setan 2: Katerina | Afzan | Sharad Sharan | Penampilan khas, tidak dikreditkan |
2017 | Malay Regiment | Mejar Jeneral Abu Bakar Muda | Jurey Latiff Rosli | |
2020 | Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda | Alias | Bade Hj. Azmi |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Kemaafan Yang Tertangguh | Harun | TV3 | |
2011 | Pencari Jalan Lurus | Ihsan | TV Al-Hijrah | |
2012 | Bukan Takdir Aku | Razi | TV9 | |
2013 | Baju Raya Kain Perca | Farid | TV3 | |
2015 | Mak Muda | Cikgu Ridzuan | TV3 | |
Dia Ibuku | Zahari | TV9 | ||
Pak Din Morris | Rosli | TV1 | ||
2016 | Cik Siti | Ahmad | TV3 | |
Hadiah Untuk Aiman | Shukran | TV Al-Hijrah | ||
2017 | Kalbu Pun Berzikir | Doktor | Astro Mustika HD | |
2018 | Fasiq | Hafiz | NTV7 | |
2019 | Jangan Disalahkan Takdir | Bos Romie | TV3 |