Adman Salleh | |
---|---|
Kelahiran | Adman bin Md. Salleh 8 Oktober 1949 |
Pendidikan | Diploma Seni Halus |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pengarah, penulis skrip, pelakon |
Tahun aktif | 1969–kini |
Adman Md. Salleh (lahir 8 Oktober 1949) ialah seorang pengarah filem, penulis skrip dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai pengarah filem patriotik Paloh (2003).[1][2]
Adman memulakan kerjaya awalnya sebagai juruanimasi di Filem Negara Malaysia (FNM), kemudian sebagai pengarah dan penerbit drama di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau merupakan pemegang Diploma Seni Halus di Institut Teknologi MARA (ITM; kini Universiti Teknologi MARA atau UiTM).[3]
Beliau dikenali sebagai seorang pengarah yang "sangat serius, peka, bertanggungjawab, teliti serta penuh profesionalisme" menurut Suzan Ahmad dari Berita Harian.[4]