AKB0048 (dibaca "AKB zero-zero-forty-eight"), kadang-kadang ditulis dengan gaya seperti AKB∞48, merupakan satu siri televisyen anime Jepun berasaskan kumpulan gadis idola Jepun AKB48.[1] Anime dihasilkan oleh Satelight, dengan Shoji Kawamori sebagai ketua pengarah dan penulis. Musim pertama bersiaran di antara 29 April hingga 22 Julai 2012[2] manakala musim kedua bersiaran di antara 5 Januari dan 30 Mac 2013.
Pada awal abad ke-21, perang antara planet berlaku. Ekosistem bumi telah rosak teruk, dan ramai manusia terpaksa melarikan diri daripada planet tersebut, oleh itulah bermulanya sejarah baru bermula dengan Kalendar bintang bermula dengan tahun 0000. Dalam beberapa planet masyarakat baru ini yang dipimpin oleh kerajaan totalitarian, Pertubuhan Perdagangan Bima Sakti Dalam (Deep Galactic Trade Organization [DGTO]), benda yang "mengganggu hati" seperti muzik dan seni telah diharamkan. 48 tahun kemudian, kumpulan idola legenda AKB48 dibangkitkan semula oleh para gadis yang membawa nama dan semangat ahli asal sebagai kumpulan antara planet bernama AKB0048. Sejak kerajaan melihat kewujudan kumpulan idola sebagai haram, kumpulan idola tersebut tidak dapat menganjurkan konsert secra rasmi. AKB0048 juga mengubah konsep mereka daripada "idola yang boleh anda temui" kepada "idola yang pergi menemui peminat". Sesetengah orang menganggap mereka sebagai wira dan dilabel sebagai pengganas oleh orang lain, mereka mesti menggunakan senjata untuk membawa muzik mereka kepada peminat mereka di mana sahaja mereka berada. Cerita ini mengikuti sekumpulan pemudi berlatih untuk menjadi generasi AKB0048 yang seterusnya .
Empat tahun sebelum mulanya cerita, semasa melawat Lancastar bersama bapanya, Chieri Sono menjemput Nagisa Motomiya, Orine Aida dan Yuuka Ichijo untuk menyaksikan persembahan bahaya AKB0048 di tapak lombong planet tersebut ketika melawan askar DES dan hal ini menarik perhatian mereka dan memberikan mereka ilham untuk menyertai kumpulan idola tersebut. Empat tahun kemudian, Tahun 0048 Kalendar Bintang, Nagisa, Orine dan Yuuka lulus dalam uji bakat pusingan pertama kumpulan idola tersebut dan memulakan perjalanan mereka ke Akibastar, tanah air AKB0048 walaupun Nagisa ditentang bapanya untuk menyertai kumpulan idola tersebut.
Pada tahun di mana ahli kenkyuusei ke-77 menyertai AKB0048, Deep Galactic Trade Organization [DGTO] (Kesatuan Bima Sakti Raya), sebuah kerajaan totalitarian dan Destroy Entertainment Soldier [DES] (Angkatan Tentera Pemusnah Hiburan), askar milik kerajaan tersebut telah menambah serangan mereka terhadap aktiviti hiburan. AKB0048 bertindak balas akan isu ini dengan membawakan semula Pilihan Raya Senbatsu dan posisi Center Nova. Ahli-ahli kenkyuusei sekarang bersaing secara langsung dengan para pengganti tetap. Apabila AKB0048 membawakan semula polisi yang sudah lama tidak ada, iaitu sejak kehilangan Acchan, satu pihak musuh yang lebih kuat sedang bergerak di belakang tabir dalam senyap.[3]
Jalan Cerita berfokus pada sekumpulan gadis Pelatih(研究生?, kenkyūsei) AKB0048. Untuk pengisian suara bahasa Jepun, mereka disuarakan oleh ahli sebenar AKB48 dan kumpulan-kumpulan kembarnya, dan dikumpulkan sebagai NO NAME untuk menyanyi lagu tema pembukaan dan penutupan. Ahli Penerus adalah ahli veteran yang dijudulkan sempena ahli kumpulan AKB48 asal, namun watak-watak tersebut Pengisi Suara berprofesional. Watak-watak lain juga disuarakan oleh Pengisi Suara berprofesional. Berbeza dengan alih suara bahasa Jepun, dalam alih suara bahasa Inggeris mereka semua disuarakan oleh Pengisi Suara berprofesional. .
Nagisa Motomiya (本宮 凪沙code: ja is deprecated , Motomiya Nagisa)
Disuarakan oleh: Karen Iwata (Bahasa Jepun), Luci Christian[4] (Bahasa Inggeris)
Gadis berusia tiga belas tahun tidak betapa menunjukkan keyakinan, tetapi bercita-cita menjadi idola AKB0048 benar bersama rakan-rakannya. Dia memakai reben diberikan oleh ibunya yang menyokong cadangannya menyertai uji bakat AKB walaupun tidak dipersetujui bapanya yang bekerja dengan aktiviti pengharaman hiburan kerajaan. Pada asalnya, Nagisa prihatin terhadap sifat-sifat penuh saingan AKB, tetapi selepas pilihan raya Senbatsu, dia melihat betapa berahinya semua orang terhadap kumpulan tersebut, Nagisa mengistiharkan Chieri sebagai pesaingnya dan bersumpah untuk menerima cabarannya.[5] Seperti Yūko Ōshima, Nagisa bercita-cita menjadi Center Nova.[6] Selepas kehilangan Yūko, Nagisa mengesahkan keinginannya menjadi Center Nova, kali ini untuk membawa Yūko balik dari dunia lain.[7] Pada episod terakhir Next Stage, dia telah diberi gelaran Atsuko Maeda ke-14 (14代目 前田 敦子code: ja is deprecated , 14 daime Maeda Atsuko).[8]
Chieri Sono (園 智恵理code: ja is deprecated , Sono Chieri)
Disuarakan oleh: Mayu Watanabe (Bahasa Jepun), Emily Neves[4] (Bahasa Inggeris)
Anak perempuan kepada CEO korporat yang memperkenalkan Nagisa dan rakan-rakannya kepada AKB semasa mereka berusia muda, dan selepas empat tahun dia melarikan diri daripada bapanya untuk uji bakat menyertai AKB. Pada Asalnya, Chieri bersifat dingin dan tegas, tetapi menjadi mesra dan berkawan akhirnya. dia sangat berdedikasi dan berahi terhadap AKB, dan tidak pernah kisah meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya demi rakan-rakannya.[9][10] Chieri merupakan pelatih pertama diiringi Kirara, sejenis hidupan kecil yang terang-benderang semasa mengesan kemunculan sinaran idola, walau pada julung kalinya ia benderang semasa Nagisa bersamanya, membuat Chieri berasa dirinya lebih rendah kedudukannya daripada Nagisa sehingga kirara benderang untuknya pada episod akhir musim pertama. Yūko Ōshima menampakkan Chieri pesaingnya untuk kedudukan Center Nova,[11][12] dan selepas Pilihan Raya Senbatsu Baru di mana Chieri menduduki tempat ke-6, Nagisa juga menganggap dia sebagai pesaingnya.[5] Dia diberi jolokan Cherry oleh peminatnya, dan Haruna Kojima mulai memanggilnya begitu juga. Pada episod akhir siri anime, Chieri menjadi Center Nova baru.[8]
Orine Aida (藍田 織音code: ja is deprecated , Aida Orine)
Disuarakan oleh: Sayaka Nakaya (Bahasa Jepun), Brittney Karbowski[4] (Bahasa Inggeris)
Salah satu rakan Nagisa yang kehilangan ibu bapanya pada usia yang muda, dan pernah bekerja di sebuah kilang untuk mencari rezeki sebelum menyertai AKB0048 bersama sahabat-handainya. Dia gemar memperbaiki bahagian-bahagian mesin dron, tetapi hairannya dia memiliki sifat tenang. Dia ingin mewarisi Sashiko, bekas ahli AKB.
Yuuka Ichijou (一条 友歌code: ja is deprecated , Ichijō Yūka)
Disuarakan oleh: Amina Sato (Bahasa Jepun), Monica Rial[4] (Bahasa Inggeris)
Gadis berusia empat belas tahun berambut ikatan ekor kuda kembar yang merupakan pemikir dan mampu menyelesaikan masalah, kadang-kala dia bersifat tidak penyabar. Walau bagaimanapun, dia seorang yang setiakawan, dan sentiasa melindungi rakan-rakannya. Dia satu-satunya ahli AKB0048 yang mempunyai teman sejati.
Suzuko Kanzaki (神埼 鈴子code: ja is deprecated , Kanzaki Suzuko)
Disuarakan oleh: Sawako Hata (Bahasa Jepun), Caitlynn French (Bahasa Inggeris)
Gadis berusia empat belas tahun yang memakai cermin mata dan berpengetahuan luas tentang sejarah AKB0048. Sonata selalu memanggilnya "Linda", kerana 鈴 (Suzu) boleh juga disebut sebagai "Rin," dan sebutan L and R tidak dpat dibezakan dalam bahasa Jepun.[13] Dia berminat untuk belajar tentang pegawai pengarah misteri AKB, Sensei Sensei. Dia penyokong Sonata's dan memanggilnya "Sonati". Rela daripada menjadi seorang pewaris, Suzuko ingin menjadi penyokong AKB0048's seperti Tsubasa.
Sonata Shinonome (東雲 楚方code: ja is deprecated , Shinonome Sonata)
Disuarakan oleh: Kumi Yagami (Bahasa Jepun), Juliet Simmons[4] (Bahasa Inggeris)
Gadis berusia sepuluh tahun yang gagal dalam pusingan pertama AKB dan menjadi penumpang bersembunyi sebuah kapal menuju Akibastar untuk pusingan kedua. Dia amat menyokong kakak sulungnya, Kanata. Dia mempunyai sifat merujuk dirinya dalam Kata Ganti Nama Ketiga.[14] Sonata memanggil Makoto si Rungut kerana bersifat bimbang dan negatif. Dia ingin mewarisi Lovetan yang berdasarkan ahli AKB48 Aika Ota. Masuk musim kedua Next Stage, Sonata berusia sebelas tahun.[15]
Makoto Yokomizo (横溝 真琴code: ja is deprecated , Yokomizo Makoto)
Disuarakan oleh: Mao Mita (Bahasa Jepun), Molly Searcy[4] (Bahasa Inggeris)
Gadis 16 tahun yang bersifat penakut dan mudah ditakutkan, dia selalu bimbang dan berfikiran negatif. Oleh sebab itu, Sonata menimangkannya Si Rungut ("Grumbly") ("Buddha" untuk suara Inggeris). Walau bgaimanapun, bila diperlukan untuk menjalankan misi bawah tanah, dia tidak menyerah kalah dan menjadi berani dan mendapat kiraranya sendiri. Sonata telah menukarkan nama timangnya dari "Grumbly" ke "Grumblator" ("Buddha" untuk suara Inggeris).
Kanata Shinonome (東雲 彼方code: ja is deprecated , Shinonome Kanata)
Disuarakan oleh: Haruka Ishida (Bahasa Jepun), Genevieve Simmons (Bahasa Inggeris)
Kakak sulung Sonata yang berusia lima belas tahun dan bersifat tidak sentimental. Dia merupakan sebahagian daripada pelatih generasi ke-75, yang belum menjadi ahli pewaris. Dia menyertai AKB0048 untuk membalas dendam terhadap DES yang membunuh bapanya, akan tetapi di but episod ke-5, telah diketahui bahawa Kanata bukan sahaja mahu balas dendam, bahkan tujuannya menjadi sebahagian 00 adalah untuk menjadi ahli pewaris. Dia berahi menyokong Minami Takahashi dan dipercayai bahawa dia asalnya hendak mewarisi Minami, akan tetapi telah dihalang berbuat demikian kerana Minami tetap mahu kekal sebagai ahli AKB.
Mimori Kishida (岸田 美森code: ja is deprecated , Kishida Mimori)
Disuarakan oleh: Sumire Sato (Bahasa Jepun), Carli Mosier (Bahasa Inggeris)
Megumi Wanibuchi (鰐淵 恵code: ja is deprecated , Wanibuchi Megumi)
Disuarakan oleh: Momoka Kinoshita (Bahasa Jepun), Meaghan Avocato (Bahasa Inggeris)